Kalau Mahathir PM Balik, Takde Apalah Yang Bakal Berubah, Lagi Teruk Adalah

Share

DULU, pembangkang ada faktor ‘kejutan’ setiap kali PRU datang.  Sebab mereka tidak pernah perintah negara, macam-macam boleh dibayangkan.  Itu bagi murah,  ini bagi percuma, sana hapus, sini tambah dan macam-macam lagi.

Kalau kita sergah, dia akan cakap “mana tahu? Belum perintah lagi”.

Hari ini bagaimanapun keadaan sudah berubah.  Dengan penamaan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri (sementara disisi mereka, kuasa penuh disisi undang-undang), faktor kejutan itu sudah hilang sama sekali.

Nampak jelas Mahathir akan kembalikan semua polisi yang dulu mengekalkan kuasanya selama 22 tahun.  Mahathir hanya percaya kepada apa yang dia tahu saja.  Buat PPBM pun, salin semula perlembagaan UMNO sedia ada, hanya ditukar sikit sikit sesuaikan dengan masa. Yang lain, waima pendaftaran cawangan pun, ikut perlembagaan UMNO semua.

Buat permulaan, Mahathir sudah bercakap tentang betapa bagusnya tol di Malaysia ini, paling murah dalam dunia dan sebagainya.  Kawan-kawan Mahathir, saudara maranya (terutama belah isteri), ramai yang kaya serta merta sebab dapat konsesi tol ini dulu.  Tol di zaman Mahathir adalah perniagaan yang amat lumayan kepada penerima konsesi. Memang di permkaan nampak susah, penerima konsesi kena buat loan untuk siapkan lebuhraya, pembinaan dan sebagainya tapi itulah tricknya.

Kebimbangan dalam perniagaan ialah jatuh bankrap dan pemilik jadi muflis, tapi dalam hal konsesi tol di Malaysia lain.  Kalaupun syarikat konsesi rugi dan terlungkup, pentadbiran Mahathir akan selamatkan melalui pengambilalihan syarikat termasuk dengan hutang-hutangnya sekali!!!  Cuba bagi contoh perniagaan apa yang lebih untung dari itu?

Ironinya, DAP yang dulu menentang konsep konsesi ini. sekarang mengadaptasikannya dalam soal bina terowong “labuci” bawah laut di Pulau Pinang- siap dengan penambahbaikan. Kos pembinaan ditanggung rakyat melalui penukaran tanah kerajaan kepada syarikat pembina.  Bila dah siap,  kerajaan negeri dapat kutip tol selama 30 tahun pulak lagi, untung memang untung. Yang tanggung kos rakyat, yang bayar tol pun rakyat, syabas!!

Mahathir juga bercakap tentang nak memenjarakan orang yang menentangnya – sesuatu yang amat sinonim dengan Mahathir terutama bercakap tentang undang-undang ISA yang dijadikan senjata politik peribadi.  Hari ISA takdelah lagi tapi Mahathir – asal Kerala, macam-macam cara dia boleh buat.

IPP juga akan kembali menghantui rakyat semula dengan pembubaran 1MDB.  Kita semua tahu Mahathir cukup marah 1MDB mengambil alih IPP yang di dalamnya terdapat perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan pengendali IPP (hampir kesemuanya dikuasai kawan kawan Mahathir), bukan rakyat.

Dibaca semua sekali, tak hairan kenapa slogan ubah yang dulu begitu gah diucapkan malah menjadi slogan baru kenapa rakyat mesti tukar kerajaan, kini semakin jarang meniti keluar dari Pakatan.  Ubah apa kejadahnya kalau Mahathir jadi PM semula?

Itu bukan ubah tapi padah!!

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!