AMANAH JOHOR CEMBURUI KEPIMPINAN MB JOHOR

Sebaran :

Kami terpanggil apabila melihat tindakan Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negara Johor yang mempertikai usaha dan inisiatif kerajaan negeri Johor yang
begitu agresif dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat Johor.

Malah lebih memalukan beliau sendiri cuba memainkan semula beberapa isu yang masih
dalam siasatan pihak berkuasa dan cuba mengelirukan rakyat Johor;

1. Hj. Dzulkefly dan seluruh rakyat Johor sedia maklum bahawa isu rasuah Johor yang
melibatkan bekas Exco Perumahan, Datuk Abd Latif Bandi masih dalam siasatan dan
sedang berjalan perbicaraanya.

Adalah tidak adil bagi AMANAH Johor lantang dalam mengecam sebelah pihak
sahaja sedangkan kepimpinan Pakatan Harapan sendiri terpalit dengan isu rasuah
yang jauh lebih besar.

Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sedang
berhadapan skandal terowong dasar laut yang menyebabkan kerajaan negeri Pulau
Pinang kehilangan berbillion ringgit.

Di mana suara AMANAH?

2. Kedua, beliau membangkitkan dokumen isu rasuah Johor yang bocor di lama sosial
yang cuba dikaitkan dengan Menteri Besar Johor.
Dalam isu ini, Hj. Dzulkefly sedang menjerat diri beliau sendiri. Pertama, perunding
hartanah yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) kes tersebut telah membuat laporan
polis dan menafikan semua kandungan dokumen, malah ia bercanggah dan fitnah
semata.

Selain, pihak SPRM sendiri telah menafikan pembayaran yang dimuat naik di media
sosial yang dikaitkan dengan siasatan, sengaja diada-adakan untuk mengelirukan
masyarakat.

Lebih mengejutkan, pihak yang tidak bertanggungjawab yang memuat naik dokumen
tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis ialah bloger terkenal pembangkang,
Milosuam.

Tindakan AMANAH yang cuba menjadi jaguh akhirnya bakal menjejaskan siasatan
dan prosiding mahkamah. Adakah AMANAH sedang menyelamatkan mereka ini dari
terlepas dari tindakan undang-undang?

3. Begitu juga terhadap isu bilik kebal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang
dikatakan bolos menyebabkan kecurian dokumen adalah satu tuduhan fitnah.
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor menegaskan bahawa Bilik Kebal
Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi.

Malah tidak terdapat sebarang kehilangan dokumen pemilikan tanah sebagaimana
yang dilaporkan oleh pihak tertentu.

4. Berkait rapat soal Laporan Bank Negeri menyatakan Johor negeri tertinggi hartanah
kediaman tidak terjual adalah ia melibatkan hartanah mewah dan tidak melibatkan
langsung perumahan mampu milik.

Malah situasi ini juga dihadapi oleh Selangor (21%), Kuala Lumpur (14%) dan Pulau
Pinang (8%). Jika perkara tersebut diambil kira, maka Azmin Ali dan Lim Guan Eng
juga gagal di Selangor dan Pulau Pinang.

5. Apabila beliau menyentuh soal mahu menghapuskan Kuota Menegak Kerajaan
(KMK) ia ibarat Hj. Dzulkefly sedang mahu menafikan usaha kerajaan yang mahukan
lebih ramai golongan Bumiputera untuk memiliki rumah.
Beliau seharusnya tahu bahawa pelaksanaan Kuota Menegak Kerajaan (KMK) dalam
membantu orang awam khasnya Bumiputera yang berpendapatan rendah memiliki
rumah mampu milik dan mengikuti prosedur yang ketat seperti yang telah
ditetapkan.

6. Beliau juga mempertikai jumlah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang telah
disiapkan oleh kerajaan negeri Johor. Sedarkah beliau bahawa, sejak 2014 hingga
Oktober tahun ini, sebanyak 16,010 unit RMMJ telah berjaya disiapkan. Dan
mensasarkan 60, 000 unit RMMJ menjelang 2020.

Ini bermakna, Johor telah melepasi 27% daripada sasaran tersebut dalam tempoh
hanya 3 tahun. Malah pelbagai lagi inisiatif perumahan yang langsung tidak disentuh
oleh Hj. Dzulkefly. Sebagai contoh, melalui pembentangan Bajet Johor 2018 Kerajaan
Negeri memperuntukkan RM75 juta akan disediakan pada tahun hadapan bagi
tujuan penyediaan rumah-rumah sewa oleh PBT.

Skim Sewa Beli Jauhar Prihatin yang baru sahaja dilancarkan oleh Kerajaan Negeri
dilihat dapat membantu rakyat memiliki rumah khususnya bagi golongan muda.
Skim ini juga telah menawarkan pengurangan harga rumah sebanyak 10 peratus
daripada harga asal.

Seterusnya, Program Rumah Transit Belia Johor akan diperkenalkan melalui
kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit
1Malaysia (RT1M) kadar sewa RM250 sebulan. Dan banyak lagi inisiatif perumahan
yang telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Menteri Besar Johor.

Malah segala angka dan fakta kejayaan ini jauah meninggalkan Selangor dan Pulau
Pinang yang diketahui masih gagal melaksana dan membina perumahan mampu
milik untuk rakyat di negeri tersebut.

Kesimpulannya, kami faham, beliau dan AMANAH Johor dalam tempoh berdukacita akibat
kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN Johor dalam agihan rasmi Pakatan Harapan
Johor.

Tetapi adalah tidak wajar melepaskan kemarahan dan kekecewaan tersebut kepada
kepimpinan kerajaan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semata-mata
mahu meraih kembali kepercayaan ahli akar umbi AMANAH Johor.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor.


Sebaran :

Leave a Reply