Tidak cukup hanya dengan MINTA MAAF kerana

oleh Kang Nasir

Minta maaf itu bukan setakat adat budaya melayu. Tetapi amalan yang dituntut dalam Islam. Dan MEMAAFKAN itu satu kemuliaan walaupun kita adalah mangsa kezaliman. Kerana Allah tinggikan darjat kepada orang yang PEMAAF.

Rasulullah saw bersabda:
ﻣَﺎﺯَﺍﺩَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﺒْـﺪًﺍ ِﺑﻌَﻔْﻮٍ ﺇِﻻَّ ﻋِﺰًّﺍ، ﻭَﻣَﺎ ﺗَﻮَﺍﺿَﻊَ ﺃَﺣَﺪٌ ِﻟﻠﻪِ ﺇِﻻَّ ﺭَﻓَﻌَﻪُ ﺍﻟﻠﻪُ
Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidaklah seorang hamba bersikap tawadhu‘ kecuali Allah pasti mengangkat (derajatnya).
(Hadis Riwayat : Muslim)

• Tidak cukup hanya dengan MINTA MAAF kerana.
Rosaknya jiwa dan minda seluruh umat islam sekarang disebabkan rosaknya pemimpin terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir. Rosaknya kepimpinan Tun itu disebabkan rosaknya ulama yang nafsunya rakus hasad dengki iri hati memburu kemegahan duniawi. Ada benarnya pesan Imam Al Ghazali ra itu.

• Tidak cukup hanya dengan MINTA MAAF kerana..
Kesemua pemimpin dan ulama perlu mengajak umat islam bertaubat kembali menjadikan islam sebagai amalan kerana kemegahan kehidupan dunia itulah punca masyarakat ikut kafir #DAPLAKNAT beramal dengan amalan orang kafir hingga lalai tidak lagi beramal dengan amalan islam bersengketa memfitnah mencaci mencela berlumba-lumba mengejar kemegahan dunia.

Dalam kitab Arbain Fi Usuluddin. Al Imam Al Ghazali juga menggariskan bahawa kemegahan dunia itu punca bencana kepada diri bermula dengan kerosakan HATI. ITULAH MANFAATNYA ILMU #TASAWUF. Bagi manfaat kepada diri kita masing-masing.

Lagipun. Allah ulang-ulang peringatan dalam Al Quran mengingatkan kehidupan dunia melalaikan. Dan Rasulullah saw juga ada pesan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah,
1. Terlalu sombong,
2. Terlalu mewah,
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
5. Saling memarahi,
6. Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi”
(Hadis Riwayat Hakim)

• Tidak cukup hanya dengan MINTA MAAF kerana.
Sahabat perlu tahu Allah melaknat orang yang suka melakbat mencaci mencela memburu kemegahan kesenangan dunia kerana itulah ada Artis-artis, Jutawan-jutawan, malah PakLebai yang ada rumah mewah kereta mewah hatinya susah dan menderita disebabkan jauh dari rahmat dan keberkatan.
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;”
(Al Humazah ayat 1-2)

Oleh itu. Marilah kita mengajak pemimpin melayu pembangkang dan ulama politik kembali kepada islam berpandukan Quran & Sunnah. Tak perlu salahkan saya dan salahkan UMNO kerana saya mengingatkan ini adalah untuk kebaikan semua khususnya untuk kebaikan pada diri kita masing-masing.

#AgamaPAS vs #TASAWUF.
Dalam missi #MemerangiFITNAH #AkhirZaman.
#MissiMemburuSrigala

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.