Susah Jadinya Rakyat Kalau Ada PM Yg Berisiko Padam Tiba-Tiba

AJAL maut itu hak Allah swt, tak pulak siapa menafikannya.  Tapi kalau sekadar berserah saja, tak jadi apa juga.   Usia ada aturannya, yang muda banyaknya bertenaga, yang tua, kalau tak bila-bila masa boleh mati, tenaga dah pasti tak sama.

Perkara ini terpaksa kita timbulkan sebab semalam difahamkan Mahathir terpaksa menamatkan ceramahnya lebih awal kerana berasa tidak sihat.  Menurut laporan media, dari awal ceramah bermula sehingga habis berucap, Mahathir tak henti-henti mengurut dada.  Nasib baik benda sama saja yang dia cakap, kleptokrat, tolak BN dan perkara-perkara lain yang dah berulang kali dijawab, tidak ada yang baru.

Burung kakaktua pun lebih bijak dari itu.

Ini bagaimanapun mengingatkan penulis pada satu masa dulu ketika Semangat 46 “mengusung” arwah Tunku Abdul Rahman ke hulu ke hilir berkempen, Mahathir pernah menyindir parti itu kerana menyusahkan “orang tua” itu dengan berbuat demikian tapi sekarang, Hari ini, Mahathir adalah orang tua itu dan Tunku dulu tak pun bercita-cita nak menjadi Perdana Menteri semula seperti mana dia sekarang.

Arwah Tunku berkempen atas paltform S46 untuk mengembalikan semangat UMNO sebenar yang Mahathir haramkan untuk mengelak dia kalah pemilihan, langsung tak sama dengan apa yang Mahathir buat sekarang.  Tunku meninggal pada usia 87 tahun dan Mahathir sekarang dah hampir 100 tahun.  Kalau ketka itu Mahathir tak rasa wajar S46 menggunakan arwah Tunku, apa pulak komennya mengenai keadaan sekarang?

Rakyat memerlukan seorang Perdana Menteri yang bertenaga, bukan dah tahu tak sihat tapi ‘dipaksa’ untuk bekerja juga.  Ini negara, rakyat dan pentadbiran secara kasarnya yang kita cakap.  Kalau baru berceramah pun dah tak larat, apa lagi nak memikul tanggungjawab yang lebih berat?

Keluarga Mahathir, sekalipun mereka adalah sebahagian daripada masalahnya, perlu menyalahkan diri sendiri dan Pakatan pembangkang jika apa-apa berlaku kepada tua kutuk itu.  Sudahlah dah macam takde orang lain yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri, nak berceramah dan berkempen pun masih harap kederat bangkai bernyawa tu jugak?

Sehingga ramai tertanya-tanya, Pakatan ni sebenarnya sanjung dia atau memang harap dia padam segera?

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.