Sumpah Depan Al-Quran: Kerana Nak Tegak Dosa Silam, Mahathir Terpaksa Tunjuk Percayakan Tuhan

APA pun yang Pengerusi Pakatan cuba tegakkan dosa silamnya dalam isu pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988, komplen dari Agung sebab bunyi bisinglah, apa bendalah, satu perkara yang semua orang perlu tahu bahawa dalam kejadian tersebut bukan Tun Salleh Abas saja yang dipecat tapi 5 hakim Mahkamah Agung (Mahkamah Persekutuan sekarang) yang lain turut dipecat atau digantung tugas.

Nak tunjuk yang Mahathir ni penipulah.  Takkan satu hakim buat complain, 5 hakim lain pun ikut kena tindakan tak?  Apa penjelasan tua kutuk ini pasal itu kalau betul ia berkisar tentang Tun Salleh Abas sorang?

Jangan tak tahu, rakyat pada waktu itu mengenali kejadian ini sebagai krisis kehakiman, bukan krisis Ketua Hakim kena pecat!!  Tapi yelahkan, budak-budak Mahathir yang cuba bercakap pasal hal ini sekarang apa tahu?  Dia pun dalam Loh Mahfuz lagi menunggu benih ibu bapanya bercantum.  Ada tua-tua yang tahu macam Kit Siang, Anwar dan sebagainya pun buat pekak sebab kepentingan politik kini dah berubah.

Image result for krisis kehakiman anwar kit siang

Kalau tidak, itu jugalah yang diulang-ulang setiap kali PRU nak datang.

Yang sebetulnya menurut ramai orang lama, Tun Salleh Abas dipecat kerana beliau bersedia untuk membawa kes pengharaman UMNO yang diputuskan di Mahkamah Tinggi sebelumnya ke Mahkamah Rayuan.  Dah siap panel hakim pun siapa yang akan bersidang, tapi tak sempat (ber)langsung prosiding itu, dah kena pecat dulu dan kes itu kekal di Mahkamah Tinggi tidak bercabar sampai sekarang.  Masuk akal ke kes sebesar ini setakat diputuskan di Mahkamah Tinggi, tak dirayu ke peringkat lebih atas?

Logik juga sebab kes orang dipecat tanpa sebab oleh majikannya pun sampai ke Mahkamah Persekutuan, kes UMNO haram pulak setakat di Mahkamah Tinggi saja.

Kata mereka, Mahathir tak mahu keputusan pengharaman UMNO dibawa ke Mahkamah Rayuan sebab ada kemungkinan ia ditolak dan pemilihan 1987 terpaksa diadakan semula, itu saja kesnya.  Sebab itu dipecatnya ketua hakim, bila ada hakim lain yang turut bersama Ketua Hakim, hakim-hakim itu pun dipecatnya sekali.

Anyway, bila Mahathir nak angkat sumpah, apa yang melarangnya dari angkat sumpah sekarang?  Takut kena tangkap polis ke apa ke?  Lagipun sejak bila yang Mahathir percayakan Tuhan sehingga nak angkat sumpah depan Al-Quran pun kita tidak tahu – bini dia sendiri pun dilarangnya dari pakai tudung!!  Bini dia sendiri cakap tu, bukan kita pun.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Sumpah Depan Al-Quran: Kerana Nak Tegak Dosa Silam, Mahathir Terpaksa Tunjuk Percayakan Tuhan

  • January 4, 2018 at 7:10 PM
    Permalink

    tunjuklah sikit semangat setiakawan tu, takkan sampai takde seekor pun pemimpin tertinggi ph lain beri respon kata mereka sokong & percaya apa tua kutuk itu kata kononnya bukan dia yang pecat TSA & 5 lagi hakim…tak nak percaya tu orang faham sangat kenapa tapi takkan tak boleh suruh si tua kutuk itu bersumpah betul2 junjung Al Quran?

    harap ada respon dari Sungai Buloh, over to you jijah!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.