Selepas Mahathir, Jika Pakatan Ini Masih Boleh Dipercaya, Beritahulah Dimana….

RAKYAT boleh berhenti mempercayai Pakatan ini sebab tidak ada apa tentang mereka yang boleh dipakai.  Hari ini cakap lain, esok cakap lain.  Calon Perdana Menteri dia sendiri pun tahun lepas orang lain, tahun ni dah orang lain pulak – tua kutuk umur dekat 100 tahun lagi.

Jelas, ini bukan soal Mahathir saja, ini soal semua sekali yang bersama-sama dengan dia dalam Pakatan tu.

Sampai bila rakyat harus sedar bahawa ini semua permainan politik peribadi?  Mana ada cerita kepentingan rakyat sama sekali.  Nasib baik tak macam Memali, tidak ada siapa yang mati sepanjang gerakan reformasi berjalan dulu – setakat kena sembur air gatal dan dibelasah dengan cota sekali sekala.  Kalau tidak, mati sia-sia, mati katak.

Apa masa tu yang Anwar cakap pasal Mahathir dan berbeza pada hari ini? Takde.  Yang lain hanya kepentingan politik peribadi yang sudah berubah-ubah.  Yang satu nak jadi Perdana Menteri sangat, yang satu nak anak jadi Perdana Menteri sangat, yang satu lagi, siapa jadi Perdana Menteri pun dia tak peduli asal Melayu gaduh sama sendiri – untung untung dicelah-celah tu dapat dia jadi Perdana Menteri jugak.

Tapi kena ingat, dulu Anwar bukan lawan Mahathir sorang-sorang, dia ajak rakyat sekali bersama dengan dia.  Dia bolehlah forget and forgive, ribu-ribu yang mana percaya reformasi ni satu perjuangan (bukan permainan) dulu apa cerita?

Maka tak hairan, belum Mahathir diumum sebagai calon Perdana Menteri interim, penentangan tu sudah dilihat dimana-mana.  Wanita Pakatan (sekalipun Wanita PPBM ada didalamnya) menolak Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.