RM Naik Bukti Najib Betul, Pakatan/Mahathir Pembohong!!

 

SELAMA hari ni apa yang Datuk Seri Najib Tun Razak cakap bila mengulas tentang kejatuhan nilai ringgit sejak 2014?  Beliau konsisten berkata bahawa kejatuhan itu berlaku kerana faktor luar kawalan kerajaan, sepertinya faktor kejatuhan harga komoditi seperti minyak yang turut mempengaruhi nilai RM – tak pernah lain dari itu.

Apa pulak Pakatan dan Mahathir kata bila RM jatuh?  Oh, itu sebab pentadbiran lemah, hutang negara tinggi, negara nak bankrap, sebab orang tak yakin dengan Najib, 1MDB dan sebagainya.  Disuruhnya macai yang tak cerdik ni menyebarkan cerita konon duit tak laku di luar negara (padahal memang dah tak laku sejak Mahathir kawal matawang pasca krisis ekonomi 1997 dulu pun).

Seolahnya kita ni menggunakan dollar dalam urusan sehari-harian dibuat Mahathir.

Bila RM naik dan melepasi paras fizikal bawah RM4/USD1 sejak semalam, apa Mahathir nak komen?  Najib masih Perdana Menteri, 1MDB masih disitu, RM masih naik jugak.  Hello…berbunyilah sikit.

Tak hairan Mahathir dan balacinya tak langsung mengulas tentang kenaikan nilai RM hari ini.  Tapi cuba kalau turun tu kang, dah disuruhnya Najib letak jawatan masa itu jugak.  Itu pasal penulis kata Mahathir ini pandir ekonomi.  Dia bukan tahu apa pun melainkan apa yang diberitahu kepada dia.

Mahathir setakat tahu pilih orang untuk selesaikan masalah, dia sendiri tak cerdik mana pun.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “RM Naik Bukti Najib Betul, Pakatan/Mahathir Pembohong!!

  • January 6, 2018 at 12:30 AM
    Permalink

    Kalau ikut duit kita 2rm sebelum tun mahathir berkuasa, 22tahun dia berkuasa duit kita jadi 3.80sen semasa dia bersama anwar duit kita jadi 5rm jadi jadi kalau orang tak tahu sejarah ekonomi malaysia boleh dia tipu

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.