Majlis Peguam perlu profesional

Kegagalan pemimpin Majlis Peguam menghadiri Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 yang diadakan hari ini telah memberikan imej buruk kepada badan itu selain membuktikan mereka gagal menunjukkan contoh terbaik kepada pengamal undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sepatutnya pemimpin Majlis Peguam yang mewakili 17,000 pengamal undang-undang di Semenanjung perlu berpegang pada profesionalisme yang tinggi dan tidak terikat dengan sebarang pegangan peribadi.

“Majlis Pembukaan Tahun Kehakiman telah dianjurkan sejak 2010 dan menjadi tradisi kepada semua pengamal undang-undang di negara ini menyertainya.

“Alasan yang diberikan oleh Majlis Peguam tidak hadir ke majlis ini amatlah tidak berasas kerana bukan hanya mereka yang tidak berucap, malah Peguam Negara juga tidak berucap namun tetap hadir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/majlis-peguam-perlu-profesional-1.589182#ixzz53xHufeSu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.