Liwat: Mahathir Tak Minta Maaf, Anwar Tak Nafi, Maksudnya Semua Tu Betul

DALAM banyak perkara yang Mahathir sebut pasal Anwar kebelakangan ni, termasuk semalam dimana Mahathir mengakui Anwar adalah rakan seperjuangannya, satu yang pasti ialah – kes liwat Anwar dulu tak tersentuh sama sekali.  Baik Mahathir, Anwar apatah lagi, akan cuba pusing macam mana pun dari jawab soalan berkaitan itu.

Padahal itulah ‘cheese’nya pun.

Sebab kes liwat itulah Mahathir buang Anwar dulu, sebab kes liwat itulah negara berantakan, rakyat bergaduh di jalan, saudara mara tak bertegur, polis kena kecam dan sebagainya.  Bertahun-tahun pulak tu, bukan sehari ke seminggu kesannya. Semuanya sebab liwat.

Alih bila berbaik semula, dalam semua perkara dan benda, boleh cerita liwat boleh tertinggal? Penyokong Pakatan tak rasa pelik dengan bodoh dalam masa yang sama ke?  Seolah-olah guna taktik lama, sengaja simpan cerita ni sebelum jadikan senjata di kemudian hari.

Ingat, strategi Pakatan ialah Mahathir akan jadi Perdana Menteri sementara dan Anwar akan ambik alih kemudiannya.

Dah ada yang bercakap Mahathir akan guna alasan liwat ini supaya Anwar tidak diberikan pengampunan dan seterusnya dia boleh terus berkuasa dan mewariskan jawatan itu kepada anaknya pulak.

Fikir penulis, soal liwat ini perlu diselesaikan sebelum apa-apa pun.  Kalau tidak, berpanjangan jugak nanti dan sekali lagi negara akan terjerumus dalam kancah huru hara kerana pergelutan kuasa beruk berdua ini.

Itupun kalau Mahathir menang kerusi parlimen dan Pakatan boleh bentuk kerajaanlah.  Tapi nampak gayanya, mana-mana satu pun tak akan berlaku.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.