Cetus Kembali Isu Krisis Perlembagaan, Anwar Mahu ‘Kenakan’ Mahathir?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan semalam telah memohon Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan tiga pindaan iaitu Seksyen 8 Akta Perlembagaan Pindaan 1994 (selain Seksyen 12 Akta Perlembagaan 1983 (Pindaan) dan Seksyen 2 Akta Perlembagaan 1984 (Pindaan) sebagai tidak sah.

Setahu penulis, akta-akta pindaan tersebut adalah berkait rapat dengan penghapusan kekebalan dan kuasa Raja-Raja Melayu yang mencetus krisis perlembagaan sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara. Malah pindaan yang diluluskan pada 1994 itu Anwar yang bentang.

Tentunya ‘orang-orang lama’ masih ingat tentang krisis perlembagaan yang melibatkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang DiPertuan Agong menjadi isu yang hangat diperdebatkan ketika ia berlaku. Ledakannya begitu menggemparkan negara.

Sebagai contoh, apabila ia menyentuh tentang Perkara 66 Fasal (4) dan (4A) yang diluluskan pindaannya itu, maka RUU yang dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong akan menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh 30 hari meskipun baginda tidak memperkenan untuk menandatangani RUU berkenaan.

Malah dalam pertikaian mengenai krisis perlembagaan tersebut, timbul hujah yang mengatakan bahawa Majlis Raja-Raja tidak rela memperkenan pindaan itu, namun ia tetap terpaksa diluluskan kemudiannya selepas institusi DiRaja itu menerima tekanan dari ‘pihak tertentu’.

Sekiranya perlembagaan asal dikaji dan diteliti, elemen kepentingan Raja-Raja Melayu merupakan unsur tradisi yang diwajibkan termaktub dalam perlembagaan negara ketika ia digubal dahulu. Sekiranya tiada, maka perlembagaan tersebut tidak akan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan negara kita tidak akan merdeka.

Namun begitu, ‘kerja’ gandingan Mahathir dan Anwar ketika mereka berkuasa dulu telah memansuhkan kuasa Yang DiPertuan Agung yang merupakan benteng terakhir bagi agama Islam, bangsa Melayu dan Persekutuan Tanah Melayu.

Mereka jadikan alasan bahawa keputusan Dewan Rakyat adalah kehendak dan suara hati rakyat. Anwar dalam hujahnya di Dewan Rakyat ketika itu jelas memperlekeh sistem feudal, kononnya menjadikan Dewan Rakyat sebagai suara yang mewakili rakyat yang lebih ‘aula’.

Padahal, akta yang dipinda itu tidaklah memberikan kuasa kepada Yang DiPertuan Agung secara mutlak. Asalnya akta itu, jika baginda tidak perkenan dalam tempoh 30 hari, maka baginda akan kembalikan RUU itu untuk dikaji dan dibincangkan semula. Setelah itu, maka RUU itu akan dipersembahkan semula kepada Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan.

Sekiranya Yang DiPertuan Agong masih kurang yakin untuk memperkenan, baginda berhak untuk membawa RUU itu ke sidang Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan bersama dan kemudian dimurnikan sebelum diserahkan kembali kepada Dewan Rakyat.

Pada pandangan penulis, akta asal itu lebih menjamin masa depan perlembagaan negara berbanding apa yang dipinda Mahathir dan Anwar.

Penulis dapat bayangkan bahayanya jika ditakdirkan pemimpin bernama ‘Guang Ong’ menjadi Perdana Menteri dan parti ‘RAP’ menguasai Dewan Rakyat, kemudian membentang pindaan RUU yang menafikan kepentingan Islam, Melayu dan Tanah Melayu, apa akan berlaku?

Contohnya, jika Dewan Rakyat luluskan RUU yang memberi kesamarataan hak kepada semua bangsa dan menghapuskan keistimewaan Melayu Bumiputera, luluskan RUU yang menidakkan Islam sebagai agama rasmi dan memansuhkan institusi Raja-Raja Melayu, apa akibatnya?

Selepas 30 hari, sama ada Yang DiPertuan Agong perkenan untuk meluluskan RUU itu atau tidak, maka ia akan tetap dimaktub sebagai pindaan perlembagaan yang sah dan dikuatkuasa. Jika itu berlaku, menangis airmata darah sekali pun tidak akan berguna lagi.

Namun kini, ‘nasi sudah jadi bubur’. Mahathir dan Anwar sudah pinda akta itu mengikut nasfu politik mereka. Ia secara tidak langsung memberi kuasa ‘ultra’ kepada Dewan Rakyat yang mengatasi kedaulatan dan kuasa Yang DiPertuan Agong.

Ironinya, kini Anwar cuba buat ‘u-turn’ dan memohon Mahkamah Persekutuan supaya mengisytiharkan pindaan-pindaan itu sebagai tidak sah? Ia telah menimbulkan persoalan besar di fikiran penulis. Apakah motif sebenar di sebalik permohonan Anwar itu? Dia bentang pindaan itu dan dia juga yang menyanggahnya?

Apakah Anwar cuba menjadi ‘hero’ untuk memenangi hati Raja-Raja Melayu? Apakah dia cuba mengambil hati Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja? Atau, apakah dia sengaja menimbulkan isu krisis perlembagaan ini supaya Yang DiPertuan Agong tidak memperkenan Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Pada pandangan penulis, Anwar boleh saja pinda semula ketiga-tiga akta berkenaan jika dia ditakdir menjadi Perdana Menteri nanti. Hanya usul saja RUU dan diluluskan Parlimen, maka selepas 30 hari, secara automatik pindaan itu akan termansuh dan akta itu akan kembali seperti asalnya.

Kita pun tahu, jika tiada halangan, nama Mahathir akan diumum sebagai calon Perdana Menteri ‘sementara’ Pakatan Harapan, bukan? Dengan mencetus kembali krisis yang mencetus kemurkaan Raja-Raja Melayu ini, apakah dia cuba menikam Mahathir secara diam-diam?

Anwar cuba ‘kenakan’ Mahathir? Kita tunggu saja apa episod seterusnya….

3 thoughts on “Cetus Kembali Isu Krisis Perlembagaan, Anwar Mahu ‘Kenakan’ Mahathir?

  • January 4, 2018 at 3:39 AM
    Permalink

    memang gila apa cuba dilakukan peliwat tersohor negara(anwar ibrahim laki wan azizah)…hakim Mahkamah Persekutuan tidak perlu buang masa membuat keputusan kerana esok lusa pun boleh membuat keputusan…keputusannya ialah beritahu sahaja pada peliwat tersohor negara jika mahu pindaan akta2 itu diisytihar tidak sah dia harus menyuruh semua ahli2 parlimen PH(termasuk ahli parlimen PAS) membuat usul, lulus & isytihar akta2 itu tidak sah di parlimen nanti, itu pun kalau PH dapat menawan Putrajaya & menjadi kerajaan selepas menang PRU14

    aku nak kata kepala buto lah, jangan percaya apa diperkatakan wan azizah kononnya apa sedang dilakukan lakinya itu sebab nak ‘restore constitutional democracy, fundamental rights’ serta mengembalikan kuasa Yang Dipertuan Agong wajib dipatuhi(oleh kerajaan) sama ada sesuatu akta/undang2(diluluskan di parlimen) itu mendapat perkenan ataupun tidak oleh Yang Dipertuan Agong

    jika akta2 itu diisytihar tidak sah ianya bermakna Akta Majlis Keselamatan Negara 2016(National Security Council Act 2016) yang telah diluluskan di parlimen juga menjadi tidak sah…tujuan sebenar peliwat tersohor negara bernama anwar ibrahim(disokong & dipersetujui bersama oleh bapa korupsi & kleptokrasi negara bernama mahathir) mahu Mahkamah Persekutuan isytihar akta2 itu tidak sah kerana 2 ekor musibat anak haram ini takut pada National Security Council Act 2016(NSC Act 2016) itu…mereka mahu ianya menjadi tidak sah yang bermaksud menjadi tidak boleh dikuatkuasakan

    mahathir ada membuat kenyataan baru2 ini seolah-olah mahu menghasut rakyat menggulingkan kerajaan menggunakan pemberontakan yang menyimpang dari kehendak & saluran demokrasi sebenar…pembangkang sebenarnya memang suka rakyat dihasut membuat pemberontakan menggulingkan kerajaan ini…pastinya hasutan itu sesuatu yang maha hebat terpaksa dicipta untuk membuat rakyat sanggup melakukan pemberontakan seperti yang di idamkan mahathir, anwar atau lim kit siang

    NSC Act 2016 itu hanya PM boleh isytihar(iya atau tidak) sama ada sesuatu kawasan atau negeri boleh diisytihar darurat(bencana) atau mengancam keselamatan(kepada orang awam)…bencana bukan sahaja mengancam keselamatan orang awam kerana mengancam keselamatan juga memberi maksud serangan pengganas atau pemberontakan yang mencetuskan keadaan huru-hara boleh juga memberi ancaman keselamatan kepada orang awam

    tentunya PM & kerajaan yang lebih tahu akan sesuatu keadaan darurat & keadaan mengancam keselamatan itu dari Yang Dipertuan Agong kerana keterlibatan pihak2 berkuasa(polis, bomba & sebagainya) yang secara langsung, lebih dekat & lebih cepat penyampaian sesuatu maklumat(tahap bencana & ancaman keselamatan) itu kepada kerajaan…bukan hendak merendahkan peranan Yang Dipertuan Agong kerana rakyat yang boleh berfikir(guna KBAT bukan KBAL) tahu berkata lebih afdhal kuasa mengisytihar darurat & mengancam keselamatan itu diberikan kepada PM & kerajaan dalam NSC Act 2016 itu…apa yang penting sebelum pengisytiharan boleh dapat dibuat, Yang Dipertuan Agong tetap akan dirujuk untuk mendapatkan perkenan(pengisytiharan darurat & mengancam keselamatan)

    ‘Raja’ mana sanggup membuat silap membiarkan nyawa rakyat melayang akibat dari kelewatan memberi perkenan(pengisytiharan darurat & mengancam keselamatan)?…raja liwat anwar ibrahim kot?

    Reply
  • January 5, 2018 at 9:51 PM
    Permalink

    1 je kalau nak kembalikan kuasa raja2 melayu, DS Najib sendiri kena usulkn semula pindaan perlembagaan berkaitan raja2 melayu sebelum parlimen dibubarkan.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.