Calon Orang Tua Dekat 100 Tahun Sebagai PM – Terdesaknya Pakatan

BILA Pakatan mengangkat Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri, itu bermaksud Mahathir akan bertanding dalam PRU14 yang akan datang.  Dah takde lagi teka teki sama ada Mahathir bertanding atau tidak, nak jadi Perdana Menteri kena bertandinglah dan menang.  Mahathir bakal jadi calon paling tua dalam sejarah dunia bertanding dalam pilihanraya.

Terima kasih Pakatan sebab memburukkan nama Malaysia di mata dunia.  Seolah negara ini ketandusan orang lebih muda, “mayat bernyawa” ni jugak yang nak dilambungnya ke atas.

Disini trick Pakatan untuk mengenakan Mahathir sebab merekka tahu belum tentu Mahathir menang dalam sebagai Ahli Parlimen lagi.  Pakatan mungkin terdesak dan tidak ada calon melainkan orang tua yang umur hampir 100 tahun ni nak dilantik sebagai Perdana Menteri, tapi rakyat di kawasan mana Mahathir akan dicalonkan nanti, belum tentu lagi.

Apa pun, pencalonan Mahathir tidak menghairankan, malah ia sekadar mengulang sejarah lama pembangkang yang seringkali mencari bekas-bekas UMNO untuk dijadikan Perdana Menteri.  Dari zaman S46 lagi (Kuli), kemudian zaman reformasi (Anwar) dan sekarang Mahathir pulak.

Bertahun-tahun ditubuhkan, pembangkang tidak ada orang yang boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, mesti nak bekas UMNO jugak.  Itu yang hairan kutuk UMNO hari-hari tapi bila menjadi bekas, terus menjadi calon Perdana Menteri.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.