Biar kita miskin harta jangan sampai Miskin Akal.

oleh Kang Nasir

Jika tahfiz malah ada PHD pun hidup susah menderita dizalimi pemerintah hingga hilang akal DIMIMBAR mencaci mencela memfitnah. Inikan kita rakyat marhaen?

Ni Saya bagi tips pesan dari guru saya walaupun beliau bukan ilmuan tarekat tasawuf. Ini kaedah terbaik agar kehidupan beroleh keberkatan dan dipermudahkan urusan. Cubalah.

Jom amalkan bersedekah. “Bersedekah bukan tunggu kita kaya tapi bersedekah sampai kita kaya.” Kalaupun tidak kaya harta Alhamdulillah. Kita kaya jiwa. Berkat nasihat almarhum kami #WargaMiskin walau susah hutang keliling pinggang tapi hati senang jiwa tenang fikiran lapang hidup dlm keberkatan segala urusan Allah permudahkan.
In'shaa Allah.

Tak perlu bersusah payah mahu dilaknat Allah kerana bersusah payah mencaci mencela memburu dunia.

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”
( Al-Humazah : ayat 1-3 )

Lagipun. NAFSU yang cenderung menuruti nafsu tak pernah insaf walau sampai liang lahad.

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), – Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!”
( At-Takaathur 102: ayat 1-4 )

Jom sama-sama amalkan doa yang dibaca oleh Nabi Sulaiman as.

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
( An-Naml : ayat 19 )

Semoga kita dimurahkan rezki dipermudahkan urusan. Rezki itu bukan saja berupa harta benda wang ringgit. Dipermudahkan urusan itu pun rezki.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(QS Ath-Thalaq : ayat 2-3)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.