Tidak layak jadi pemimpin jika malu mengakui warganegara

Sebaran :

Mana-mana individu yang malu untuk mengakui menjadi rakyat Malaysia seharusnya melupakan hasrat mahu menjadi pemimpin kepada negara ini.

Pandangan itu dilontarkan oleh sasterawan dan pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin yang menjelaskan seorang pemimpin tanpa semangat patriotisme hanya memberikan kesan negatif kepada negara sahaja.

Katanya, malah kepemimpinan individu itu juga bakal dipersoal kerana mentadbir tanpa rasa cintakan kepada negara.

“Jika seseorang itu tidak mempercayai negaranya, tetapi pada masa sama mahu memerintahnya, sudah pasti menimbulkan kebimbangan terutama bagaimana individu itu mahu menjalankan tanggungjawab serta menyatakan pendirian terhadap isu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu untuk mengakui sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dalam ceramah beliau baru-baru ini.

Meskipun Mukhriz menafikannya, namun hari ini tular rakaman video menunjukkan beliau menyebut malu mengakui sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara sebaliknya bersedia menjawab Brunei.

Swee Tin menambah, tidak ada mana-mana pihak boleh menafikan nikmat bernegara, malah ramai lagi individu di dunia ini sedang mencari negara sebagai tempat berlindung.

“Ramai yang berhasrat menjadi rakyat kepada sesebuah negara, termasuklah Malaysia,” jelas beliau.-UTUSAN ONLINE


Sebaran :

2 thoughts on “Tidak layak jadi pemimpin jika malu mengakui warganegara

  • Badot kepala botak betullah exMB Kedah…lama2 bila tengok dengan teliti..dia ni xada apa2 keistimewaan pun. Aku rasa kalau dia bukan anak Tun M, mungkin sekarang dia bukan orang kaya (skrg kaya raya pun sebab bapak dia, bukan usaha sendiri)..mungkin belajar xtinggi(kalau bapak dia xpaksa belajar, mungkin dah jadi ahli perniagaan skrg, jadi kroni/proxi bapak dia)..dan mungkin sekarang ni dia antara sebahagian rakyat Malaysia yang malas berusaha, mengharapkan kerajaan tabur duit..atau jadi keyboard worrior memaki hamun kerajaan.

    Reply
  • Tersilap cakap buruk padahnya.

    Reply

Leave a Reply