IBR: Azmin cuba salahkan SPRM?

Share

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan sahaja berterusan menegakkan benang basah ekoran kegagalan kerajaan pimpinannya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) malah beliau cuba menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu itu.

Beliau memberi alasan baharu kononnya SPRM lambat memberi jawapan terhadap surat yang dikemukakan pentadbirannya berhubung persoalan tentang IBR.

Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya telah menulis surat berhubung komitmen itu dua bulan lalu, namun sehingga kini tidak mendapat maklum balas daripada SPRM.

“Kita lihat IBR sahaja tidak mencukupi dan akan mencadangkan beberapa langkah tambahan yang telah kami laksanakan. Contohnya sebelum memulakan mesyua­rat Exco, semua ahli mesti menandatangani perisytiharan kepentingan.

“Ini bukan hanya untuk Exco tetapi juga syarikat milik kerajaan (GLC). Saya fikir ini lebih berkesan dan bukan sekadar mengambil sumpah IBR tetapi kita boleh duduk berbincang serta menggabungkan kedua-duanya untuk terus membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengakui beliau kesal dengan sikap Mohamed Az­min dan kerajaan PKR Selangor yang tidak pernah berusaha apatah lagi me­nunjukkan minat untuk melaksanakan IBR sepanjang perkhidmatannya di negeri itu sejak 1 Disember 2016.

Mohamed Azmin menambah, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM negeri yang baharu, Datuk Alias ​​Salim dalam masa terdekat untuk membincangkan kedudukan sebenar kerajaan PKR Selangor berhubung isu IBR.

Utusan

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!