Bila Dah ‘Suka’, Beri Kenyataan Biasa Pun Dianggap ‘Menyeksa’!!

Terkini di My KMU !!!!---->

RAMAI penjenayah hari ini, kalau ada pilihan, berebut nakkan proses mengambil keterangan dari mereka dilakukan seperti mana bini Mahathir kelmarin.  Tak payah pergi balai beri keterangan, polis sendiri yang datang jumpa ambik keterangan, tempat jumpa pulak ikut selesa dia, ada lawyer dan sebagainya.

Tanyalah mana penjenayah pun, semua nak proses mengambil keterangan mereka, dibuat macam itu.  Tapi tak pulak penulis mengatakan bini Mahathir tu penjenayah, yang nak terasa tu kenapa? Lagipun dia bukan di soal siasat, hanya diambil keterangan bagi jenayah sebenar yang didakwa dilakukan suaminya (terlibat dalam perhimpunan haram).

Ucapan tahniah kepada pihak polis yang masih mengambil berat faktor keadaan dan latar belakang bini Mahathir dengan memberikan keistimewaan begitu kepadanya disebalik bermacam-macam tuduhan jahat yang Mahathir lemparkan kepada pihak polis sekarang ini.

Apa pun, sokongan tidak berbelah bahagi penyokong Pakatan terhadap bini Mahathir ini, mengingatkan penulis ketika dia laki bini itu masih dalam UMNO dulu.  Masa itu, dari hujung kepala sampai hujung kaki orang tua tu, habis dikecam oleh mereka hari ini yang membentuk Pakatan Harapan (tolak PPBM lah).

Rambut palsulah, botaklah, utama adik-adik sendirilah (adik dia pernah jadi Panglima ATM, MB Selangor, Gabenor Bank Negara dan lain-lain), anak saudara dapat konsesi tol dan sebagainya, apa saja yang tak dilabelkan oleh puak puak ini masa itu.  Tak rasa bersalah pulak?  Sebab politiklah ya.

Depa yang cakap tu, bukan penulis pun.  Penulis hanya mengimbau apa yang puak-puak itu lemparkan kepada bini Mahathir tu dulu.  Entah jenis lelaki apa boleh buat lupa penghinaan kepada bini sendiri sedemikian rupa.

Lelaki dayus agaknya.

 

Leave a Reply