4 wajah baharu Penyampai Berita dan Program Channel W sedia teroka cabaran dunia penyiaran

Sebaran :

Channel W, Saluran 420 Unifi TV kini lebih bersinar dengan kehadiran empat (4) wajah baharu penyampai berita dan programnya bermula Januari 2018 ini.

Sesuai dengan konsep baharunya menyampaikan berita dan isu semasa secara langsung bermula pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam, kini empat wajah baharu di Channel W ini mula mendapat perhatian umum.

Syasya Jamal, Aiman Affendi, Fitri Hazam dan Puteri Ashiqin menemui anda seiap hari Isnin hingga Jumaat bagi memastikan berita terkini dan isu semasa sampai ke pentahuan anda tepat pada masanya.

Syasya Jamal, 23, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sebenar kacukan Cina dari Sarawak sebelah ibunya, manakalanya bapanya berasal dari Johor. Kepetahannya dalam Bahasa Inggeris memudahkannya mengendalikan program dwi bahasa segmen Inspirasi bermula jam 5.00 petang dalam Bahasa Malaysia dan kemudian disambung dengan segmen Bahasa Inggeris iaitu Talking Point.

“ Bermula isu semasa hinggalah perniagaan serta kewangan, saya amat suka menyampaikan perkembangan terkini berkenaan kepada penonton, apa yang penting bahan yang dihidangkan memberangsangkan penonton untuk terus melakat di kaca TV” katanya.

Bagi Fitri Hazim Hazam, 28, beliau melihat dunia penyiaran sebagai satu cabaran untuknya memulakan tapak dalam bidang kerjaya selepas bergelar graduan sains Politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum menyertai Channel W, Fitri sudah membiasakan diri sebagai Pengerusi Majlis-majlis rasmi dan kenamaan serta menjadi moderator bebas di sebuah media konsultansi di dalam negara. Pengalaman selama setahun itu dimanfaatkan sebaiknya semasa beliau mengendalikan program temubual isu semasa Studio Malam dan menyampaikan berita ringkas untuk perkembangan semasa bagi penonton yang mengikuti rancangannya.

Bagi Fitri dunia penyiaran ini luas dan banyak pengalaman dan pengetahuan perlu digali dan dicari untuk memantapkan diinya sebelum menyampaikan sesuatu kebenaran di kaca TV.
“ Bukan sekadar penyampai tetapi penyampaian itu perlu bijak dan berilmu supaya kelihatan lebih bertenaga dan yakin untuk dihebahkan kepada penonton,” katanya.

“ Saya mempunyai cita-cita besar dalam dunia penyiaran dan mahu berjaya menjadi seperti ikon-ikon dunia penyiaran di dalam luar negara sentiasa menghidangkan kebenaran dan mahu mencipta sesuatu yang kreatif dalam dunia penyiaran ini,” tambahnya.
Aiman Affendy, 22, pula menyifatkan beliau perlu memantapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan am yang menuntutnya sebagai Penyampai di Channel W.

“ Sebenarnya saya sedang mencabar diri saya untuk menjadi penyampai yang baik, saya sungguh tidak menyangka menjadi penyampai Channel W dan sangat gembira kerana asalnya saya ingin menyertai dunia penyiaran ini sebagai wartawan penyiaran sahaja, namun apabila sudah diangkat sebagai penyampai saya mencabar diri saya untuk melaksnakan amanah itu sebaik mungkin,” jelasnya.
Baginya, apa yang berlaku adalah rezeki daripada Yang Maha Esa di dalam memantapkan dirinya menyertai dunia penyiaran ini.
Anak jati Kuala Selangor ini mahu bertapak lama di dalam industri media dalam negara sehubungan itu beliau mahu memastikan kehadirannya relevan dengan kehendak semasa perkembangan berita terkini dalam negara.

Ia sesuai dengan kehadiran dan kemudahan Channel W yang boleh di ikuti di Saluran 420 Unifi TV dan Youtube secara langsung.
Penggunaan aplikasi Unifi TV di telifon bimbit pintar juga membolehkan pengguna Unifi berdaftar mengikuti perkembangan saluran 420 sepanjang masa selain program tv lain yang turut menjadi kegemaran penonton.

Aiman adalah penyampai segmen Perspetif W setelah bulletin Fokus Hari Ini selesai pukul 8.30 malam.

Di dalam segmen Studio Malam, selepas segmen Perspektif W, Fitri di gandingkan dengan Putri Nur Ashiqin Razali, 26, yang memegang Diploma Perguruan Bahasa Inggeris dari (TESL) dari Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur.

Jangan terkejut beliau pernah menyertai Malindo Air sebagai Krew Kabin selama setahun dan kemudian menyertai dunia pengurusan hartanah selama setahun sebelum memulakan langkahnya di dunia penyiaran.

“Saya harap pengalaman saya dapat digunakan sebaiknya apabila saya melangkah ke dunia penyiaran,” katanya.

Beliau bangga melihat perkembangan dunia penyiaran dalam negara dan mahu menjadi sebahagian daripada sejarah dunia penyiaran dengan azam yang tinggi untuk menempuh cabaran yang bakal ditempuhnya.
“ Saya akur, saya masih hijau dan banyak lagi perlu di pelajari dalam dunia ini, sesungguhnya Channel W adalah platform yang baik untuk saya kerana mempunyai tenaga pengajar yang banyak pengalaman dalam dunia penyiaran untuk kami mempersiapkan diri sedikit demi sedikit menguasai dunia penyiaran ini,” katanya.

Baginya, mempersiapkan diri setiap hari sebelum keluar di kaca TV bukan hanya terletak pada wajah tetapi juga penyelidikan bahan-bahan yang mahu didendangkan kepada penonton, itu lebih penting.


Sebaran :

Leave a Reply