Mahathir mudah lupa

Sebaran :

Tun Dr. Mahathir terdesak

Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa terdesak kerana sanggup mengetuai pertemuan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) semata-mata ingin memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) secara bersih dan adil.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, tindakan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP itu bukan sahaja bertentangan semasa zamannya mentabdir negara dahulu, malah ia dilihat sebagai usaha yang dilakukan demi kepentingan peribadi dan parti.

Kata beliau, campur tangan kuasa asing tidak sepatutnya berlaku kerana seluruh masyarakat di negara ini mahu pilihan raya yang bersih dan adil, bukan Dr. Mahathir sahaja.

“Kesemua tindak-tanduk yang Dr. Mahathir buat hari ini hanya menyebabkan masyarakat gelak kerana seperti drama yang ulang tayang di televisyen.

“Bezanya dahulu Dr. Mahathir marah dan menentang keras perbuatan parti-parti pembangkang yang cuba melibatkan campur tangan asing dalam negara, tetapi kini beliau pula buat pusingan U,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

Leave a Reply