Kelebihan BN Dalam PRU14 – 3 Penjuru & Pakatan Lawan Sesama Sendiri

Sebaran :

SEJAK 1990, pembangkang berpakat dalam pelbagai nama.  Angkatan Perpaduan Ummah, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan.  Apa persamaannya?  Semua pakat pakat ini melungkup, tak lama pun usianya.  Bukan sebab BN kuat sangat tapi sebab ia berpaksikan kepentingan sendiri, tidak rakyat sama sekali.

Bukan itu saja yang sama, satu lagi persamaan ialah, setiap kali ada pilihanraya umum sejak itu, akan berlaku pertandingan sesama sendiri disebalik gebang berpakat.  PAS pernah lawan S46, S46 pernah lawan DAP, PKR lawan PAS, PKR lawan DAP dan semua itulah nak dimudahkan cerita.  Satu dua contoh yang disebutkan ni hanya nak menunjukkan lama tapi isunya, bertanding sesama sendirilah senang kata.

Waima pada ketika mereka paling kuat pun iaitu ketika dipimpin Anwar Ibrahim – 2008 dan 2013, pertandingan sesama sendiri ini tidak boleh dielakkan.  Sikit banyak sajalah tapi jadi tetap jadi.

Dengan Pakatan Harapan sekarang pun, masalah sama akan berlaku juga.  Pergaduhan di Negeri Sembilan semalam adalah bukti kepada kenyataan ini.  Jadi, toksah bimbang pasal pertandingan 3 penjuru (BN, PH dan PAS), lebih bimbangkan pasal berpenjuru-penjuru (BN, PAS, PH dan PH) sebab ia akan berlaku.

Yang tak akan berlaku ialah PAN lawan DAP saja sebab semua orang tahu PAN ialah “hamba” kepada DAP.

Dalam pergaduhan di Negeri Sembilan semalam, penulis tidak melihat isu sikit banyak kerusi yang diperuntukkan sehingga jadi punca.  Isunya ialah semua kerusi yang ditentukan untuk parti bunga raya itu, adalah kerusi bunuh diri – confirm tak boleh menang.  Dalam masa yang sama, DAP boleh pulak kekal di semua kerusi selamat mereka?  Pakat apa macam ni?  Lainlah kalau DAP bertanding di Seri Menanti dan parti Bunga bertanding di Lobak, itu  masuk akal puak ini berpakat tapi ini mustahil, sama mustahil mengatakan Mahathir tidak rasuah dan mengamalkan kronisme.

Yakinlah keadaan ini akan berlaku di seluruh negara bukan Negeri Sembilan saja.  PAN, Pribumi dan PKR boleh bergaduh sesama sendiri berebutkan kerusi, DAP duduk diam-diam ditepi.  Nampak sangat berpakat ni hanya alat nak bagi DAP selamat.


Sebaran :

Leave a Reply