Warga Emas Usia Lebih 90 Boleh Buat Sesuka Hati?

Share

Baru-baru ini, ada pihak yang agak marah bila pihak berkuasa mengambil keterangan daripada isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Mungkin ketidakpuasan hati itu dilihat dari faktor usia, jantina, penglibatan dan susila budaya kita.

Penulis tidak nafikan, memang tindakan mengambil keterangan daripada seorang warga emas yang sangat lanjut usia mencecah lebih 90 tahun mungkin akan dipandang serong atas sentimen-sentimen berkenaan. Itu tidak dinafikan…

Justeru atas sentimen-sentimen tersebut, maka semua warga emas di negara ini bebas untuk melakukan apa saja yang mereka kehendaki. Langgarlah apa saja undang-undang di negara ini dan pihak berkuasa tidak wajar mengambil tindakan terhadapnya?


Atas faktor usia, maka seorang individu yang umurnya melebihi daripada 90 tahun, maka dia boleh sertai apa saja perhimpunan haram, menganggotai apa saja kumpulan termasuk pengganas, menyertai NGO yang menyokong LGBT dan berkempen untuknya?

Kerana faktor dia merupakan wanita warga emas, maka dia dibenarkan untuk berbuat sesuka hati, membuat kekecohan dan menghasut orang ramai untuk berbuat sesuatu yang melanggar kedaulatan undang-undang di negara ini?

Hanya kerana sensitiviti adab budaya, maka seorang wanita tua berusia 90 ke atas diizinkan untuk bercakap apa saja meskipun berbaur fitnah, hasutan, tohmahan atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sesiapa saja yang dia suka?


Bagaimana jika wanita berusia emas itu menjadi ‘tokan’ dadah atau ketum? Bagaimana pula jika dia juga merupakan talibarut militan DAESH, komunis atau zionis Israel yang mengancam keselamatan dan ketenteraman umum dengan perilakunya? Diizinkan?

Siapa yang belajar undang-undang dan sistem penguatkuasaannya, maka mereka akan faham apa yang dilakukan oleh pihak PDRM. Bila ada laporan dibuat terhadapnya, maka kertas siasatan perlu dibuka walau seringan manapun dakwaan terhadapnya.

Bila kertas siasatan dibuka, maka sudah tentulah pihak berkuasa wajib menyiasat dan tidak boleh menutup kes sewenang-wenangnya. Dalam siasatan, memang normal jika ia melibatkan proses mengambil keterangan dari mana-mana pihak yang terbabit.


Undang-undang yang adil sememangnya tidak mengenal usia, jantina, moral budaya dan sebagainya. Oleh kerana Tun Siti Hasmah terlibat, maka pastinya beliau juga tidak terlepas daripada siasatan dan kerana itulah keterangannya diperlukan.

Tindakan mengambil keterangan kebiasaannya memerlukan individu terbabit itu perlu ke balai polis untuk diambil keterangannya. Namun penulis hormati cara PDRM yang cukup berhemah dan sopan kerana atas kuasa budi bicaranya telah mengambil keterangan dari Tun Siti Hasmah di pejabat suaminya, bukan di balai polis.

Apakah tindakan berhemah itu tidak cukup lagi menunjukkan betapa PDRM begitu menghormati wanita warga emas itu? Apakah anggota polis perlu menyembahnya dan mengalunkan irama Mozart ketika mengambil keterangan daripada beliau?

Lagipun, memandangkan Tun Siti Hasmah masih mampu bercakap dan berkempen di atas pentas, ke sana ke mari bersama suaminya menghina Perdana Menteri, masih lagi bertenaga untuk berpolitik untuk suami dan anaknya, takkanlah tidak boleh beri keterangan sedikit? Adakah beliau berisiko terkena kanser jika di soal siasat?

Pada hemat penulis, hanya mereka yang tidak rasional dan gagal menggunakan akal dengan baik sahaja yang akan memandang negatif terhadap tindakan PDRM mengambil keterangan dari bekas isteri Perdana Menteri itu. Jika berfikir dengan rasional, mereka akan faham.

Rakyat di negara ini perlu dididik supaya belajar untuk lebih menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, serta penguatkuasaannya. Jika tidak, maka akan berkuatkuasalah undang-undang rimba yang tidak mencerminkan ketamadunan manusia. Mahu jadi manusia yang tidak bertamadun? Fikir sendiri…

2 thoughts on “Warga Emas Usia Lebih 90 Boleh Buat Sesuka Hati?

  • January 29, 2018 at 01:09
    Permalink

    polis ambil keterangan serta memberi nasihat baik dengan berkata makcik dah tua kalau jatuh tergolek dog nanti polis & kerajaan juga makcik persalahkan kata jalan tak rata lah kerajaan dah takde duit nak kasi rata sebab dah bankrap & bermacam lagi

    gambar yang viral tu hanya kapsion lakonan yang telah dirancang untuk meraih simpati murahan

    Reply

Leave a Reply