Polis hanya ambil keterangan Siti Hasmah



Sebaran :

Tun Dr. Siti Hasmah dalam perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik tahun lalu.
Tun Dr. Siti Hasmah dalam perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik tahun lalu.
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Polis menafikan menjalankan proses soal siasat terhadap Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang juga isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, Siti Hasmah hanya dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September tahun lalu.

“Kita ambil keterangan secara profesional dan menghormati kedudukan serta status beliau di negara ini.



“Beliau juga telah membuat kenyataan umum sebelum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang proses merakam keterangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.


Sebaran :


Leave a Reply