Patutkah minta bantuan campur tangan asing musnahkan rakyat?

Sebaran :

oleh Kang Nasir

Selamatkah rakyat bila dipimpin oleh orang yang bernafsu buas? Kerana kepentingan kerakusan nafsu patutkah mereka minta campur tangan negara luar?

• Cuba anda belajar berfikir guna akal yang waras.
Jika pemimpin yang hilang akal memimpin kalian. Tang mana kebaikan untuk diri kalian semua? Adakah patut minta bantuan campur tangan asing untuk memusnahkan negara sendiri kerana NAFSU AMARAH DENDAM? Baru-baru ini kesatuan eropah EU berkempen mahu SABOTAJ MINYAK SAWIT yang kesannya kelak harga minyak sawit akan jatuh merundum dan akibatnya #WargaFelda dan pekebun kecil sawit akan menerima kesannya. Kami #WargaMiskin #GengNajibRazak anggap ini POLITIK GILA BABI.

Berita ini sudah tersiar dua minggu lalu di pautan ini.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/01/376105/kempen-halang-haram-minyak-sawit-di-eropah

• Patutkah minta bantuan campur tangan asing?
Kerana KEPENTINGAN KERAKUSAN NAFSU AMARAH DENDAM sanggup memusnahkan negara sendiri dan mempengaruhi rakyat kononnya mahu selamatkan negara. Dimana selamatnya? Siapa yang selamat? Wajarkah minta campur tangan duta-duta Kesatuan Eropah supaya memberikan tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/duta-duta-kesatuan-eropah-digesa-beri-tekanan-pada-najib-1.789713

• Dimana selamatnya? Siapa yang selamat?
Sewajarnya mereka pemimpin-pemimpin bangang membantu kerajaan menangani kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh rakyat khususnya pekebun kecil sawit dan peneroka Felda. Itu baru betul mahu selamatkan negara dan membantu rakyat.

Tan Sri Shahril berkata.
Pengharaman ini, sekiranya dilaksanakan, akan memberi impak yang negatif kepada sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia akan menjejaskan kualiti kehidupan pekebun kecil dan mengurangkan hasil pendapatan rakyat yang terbabit di dalam industri sawit. Kita tidak boleh berdiam diri dan membenarkan perkara ini berlaku.

FELDA sudah melancarkan petisyen untuk pekebun kecil bersuara mempertahankan sektor minyak sawit Malaysia. Kami juga menyokong kempen baharu – www.FacesofPalmOil.org – untuk mempertahankan pekebun kecil Malaysia dari ancaman berkenaan.

Borang petison dipautan ini.

Petition to the European Union From Malaysia’s Oil Palm Smallholders

• Fakta yang perlu anda ketahui.
Industri minyak sawit adalah penyumbang utama kepada ekonomi, masyarakat dan kemakmuran Malaysia. Lebih 650,000 pekebun kecil bergantung kepada tanaman sawit dan jumlah ini mencecah 2.3 juta rakyat Malaysia sekiranya bilangan kanak-kanak daripada keluarga yang terbabit juga diambil kira.

Namun begitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menyatakan sokongan padu beliau kepada pekebun kecil dan industri sawit dengan membuat kenyataan berikut pada awal tahun ini;

“Kita juga membeli produk mereka. Jadi, sesiapa yang memboikot produk sawit, akan menerima tindak balas dari kita. Adalah penting kenyataan yang tegas mengenai kepentingan pekebun kecil Malaysia dan bagaimana kita akan mempertahankan mata pencarian mereka, sampai ke Eropah.”

• Berapa ramai rakyat khususnya peneroka dan pekebun kecil berterimakasih kepada PM?
Sepatutnya rakyat berterima kasih dan bersyukur. Kerana PM berkerja keras membantu rakyat bersendirian sedangkan pemimpin bangang yang dapat sokongan dari rakyat yang #MiskinAkal berusaha memusnahkan kalian ibu bapa dan saudara taulan serta negara demi kepuasan nafsu mereka?

Nahhh! Siapa yang selamat setelah mereka mentadbir? Tepuk dada tanya akal yang waras.


Sebaran :

One thought on “Patutkah minta bantuan campur tangan asing musnahkan rakyat?

  • apa punya malang & sial betul pakatan pembangkang di negara kita pergi jumpa duta2 EU hanya bercakap tentang minta pihan raya bersih & adil tapi tak cakap(termasuk bantah) pun perkara lebih utama & penting melibatkan periuk nasi rakyat sendiri(kononnya diperjuangkan oleh pembangkang) yang terjejas akibat sikap tidak adil EU mengharam eksport minyak sawit

    Reply

Leave a Reply