Kita Pun Malu Ada Warganegara Macam Dia…

Share

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan tentang pengakuan anak seorang warga emas yang mengaku dirinya warga Brunei ketika berada di luar negara meskipun penulis yakin ramai yang tahu dia merupakan warganegara Malaysia.

Maklumlah, siapa yang tidak kenal dia, bukan? Dia anak kepada seorang ‘negarawan maha-ulung di cakrawala’, lagi maksum orangnya. Agak mustahil untuk orang tidak mengenali identitinya yang suka bergambar, terutama berswafoto.

Penulis faham, apa yang dimaksudkan ‘anak manja’ itu ialah dia kononnya terpaksa mengaku sebagai warganegara Brunei kerana ‘malu’ berwarganegarakan Malaysia. Dalam hatinya, mungkin dia rasa malu jadi rakyat negara ini kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menterinya.


Mungkin niat di hati ‘anak manja’ itu mahu kenakan Najib. Biasalah. Bukankah dia dan bapanya bermusuh dengan Najib dan mahu rampas kerusi Perdana Menteri yang disandang beliau. Walau terpaksa jadi ‘macai’ dan ‘jilat kahak’ sendiri, anak beranak itu rela…

Cuma, yang anak beranak itu musuhi adalah Najib, bukan Malaysia. Yang dimarahkan adalah nyamuk, bukan kelambunya. Tapi memandangkan ‘terlalu bijak’ sangat kepala otaknya, maka Malaysia pula yang menjadi mangsa.

Penulis masih ingat pesan ustaz kepada seorang rakan penulis dulu. Katanya, biar seburuk mana pun ibu bapa kita, biar sejahat mana pun keduanya, walau sejijik mana pun ayah dan ibu kita, mereka tetap merupakan insan yang melahirkan kita, perlu dihormati dan dijaga hatinya.


Dalam konteks ini, Malaysia atau nama lamanya adalah Tanah Melayu merupakan tanah tumpah darah kita. Di sinilah kita dilahirkan dan inilah dia tanah air kita. Buruk atau baik, itulah Malaysia, negara berdaulat yang menjadi tempat kita bernaung.

Dulu, ketika mana bapanya bersengketa dengan seorang banduan di Sungai Buloh, memang ada spesis serupa dengannya yang malu untuk mengaku dirinya berwarganegarakan Malaysia. Dia malu jadi rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya ‘maha-zalim’, ‘maha-firaun’ dan mengamalkan kronisme nepotisme.

Jadi, soal persepsi buruk atau baiknya negara ini, malu atau tidak, ianya terpulang pada individu itu sendiri. Jika baik sikapnya, maka dia akan bangga mengaku dirinya warga Malaysia walau bagaimanapun sekali negaranya.


Namun jika individu itu tidak kenal diuntung, tidak sedar diri, rasa hebat sangat, menganggap dirinya paling ‘gah’ dalam dunia, maka tidak mustahil dia akan bersikap seperti anak warga emas itu. Apatah lagi jika mengidamkan kerusi Perdana Menteri, makin teruklah dia ‘meroyan’…

Dia mungkin tidak sedar bahawa kedudukan dia itu adalah hasil daripada kemakmuran negara ini. Mujurlah ketika bapanya berkuasa dulu, ramai yang terpaksa setia dan mempertahankan bapanya kerana parti. Jika tidak, dia kini mungkin jual kacang putih di tepi jalan, fiber optik pun tidak kenal.

Jadi, jika mahu berpolitik pun, berpada-padalah. Janganlah sampai menghina negara sendiri di mata dunia. Jika mahu berpolitik, berpolitiklah secara sihat, mengikut lunas Islam dan budaya murni ketimuran. Negara ini tidak terima liberalis, LGBT dan seumpamanya…

Kami di negara ini tidak mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara’. Konsep Machiavelli itu tidak setanding dengan konsep Sunnah wal Jamaah yang menjadi amalan kami. Kami yakin bahawa jika di zaman Rasulullah SAW tidak ada pisau ‘Gillete’, Baginda tetap bercukur.

Justeru itu, penulis menyarankan supaya ‘anak manja’ itu mengaku saja kesalahan sendiri. Lebih baik memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama Yang DiPertuan Agong yang merupakan ‘Payung Negara’. Jika enggan, terserahlah dengan keangkuhannya. Kita tidak boleh memaksa, bukan?

Leave a Reply