Audit terbuka projek terowong dasar laut

Sebaran :

Ketua Menteri, Lim Guan Eng disyorkan melakukan audit terbuka berhubung projek terowong dasar laut yang mencetuskan kontroversi di ne­geri ini berbanding mengambil sikap melepaskan kemarahan terhadap media tertentu yang me­laporkan isu berkenaan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau perlu melaksanakan langkah berkenaan selepas timbulnya unsur mencurigakan dalam projek mega tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengarahkan audit dilaksanakan selepas 1Malaysia De­­ve­lopment Berhad (1MDB) berdepan pelbagai tuduhan.

“Jika beliau mengalami kesulitan sehingga ada unsur mencurigakan, lebih baik buat audit secara terbuka sekali gus dapat tepis fitnah yang beliau dakwa dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media,” katanya di sini hari ini.

Reezal Merican berkata demikian sebagai mengulas ‘amarah’ Guan Eng terhadap media dengan melabelkan laporan berita siasatan penyelewengan projek terowong dasar laut sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, 1MBD menyerahkan isu itu kepada Jabatan Audit Negara untuk mengaudit dan membuat penelitian sekiranya terdapat perkara mencurigakan, malah ahli Parlimen pembangkang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan untuk memantau.

“Pada masa sama, beliau perlu faham perkara yang dilaporkan media merupakan kenyataan dalam sidang DUN, sidang akhbar beliau atau kenyataan daripada pegawainya sendiri, jadi mengapa perlu beremosi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, Guan Eng seharusnya berlapang dada dan tidak perlu takut jika berasakan tidak bersalah.

Bagaimanapun, Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Teluk Air Tawar berkata, beliau tidak terkejut dengan cara Guan Eng menangani isu berkenaan.

“Itulah sikap Ketua Menteri, kalau ada laporan yang tidak memihak kepadanya, beliau akan melenting.

“Teh Yee Cheu yang juga pemimpin DAP serta ADUN Tanjung Bungah juga dikenakan tindakan apabila membangkitkan isu tidak digemari beliau,” katanya.

Utusan


Sebaran :

One thought on “Audit terbuka projek terowong dasar laut

  • mustahil musibat anak haram guan eng ada lancau berani buat audit terbuka, kalau berani buat pun firma audit itu telah dikawtim & ‘duit berjalan bawah meja’ semasa diajak duduk minum kopi…kerana tahu sukar untuk merasuah firma audit maka jangan harap ada sedikit pun usaha dari musibat anak haram guan eng untuk berani buat audit terbuka dengan melantik mana2 firma audit, perkara atau sebab ini ramai pemimpin lain termasuk ahli DAP & juga ‘top dog’ PH tahu tapi mana mungkin mereka memberitahu sebabnya secara terbuka kepada umum tentang kenapa guan eng tidak mahu buat audit terbuka

    musibat anak haram mahathir sudah tentu akan merasa serba salah & menyesal kalau dia setuju minta audit terbuka dibuat, kenapa aku kata mahathir merasa serba salah & menyesal? tidakah mahathir merasa serba salah & menyesal kalau nantinya guan eng kata skandal forex, perwaja, maminco & lain2 skandal takde satu pun mahathir berani buat audit terbuka? betul tak para macai semua?

    Reply

Leave a Reply