Apakah Mahathir punca Mukhriz malu mengaku dari Malaysia?

Sebaran :

Memang dulu Malaysia hebat dan mengagumkan kerana bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohamad menguasai segala-galanya sehingga mampu menyingkirkan tiga timbalannya dan pengganti beliau iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas itu Malaysia mula bermasalah kerana bapa Mukhriz marah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengikut kehendak politiknya dan Malaysia dilihat mempunyai banyak masalah sekarang disebabkan bapa ‘Boboi’ mempolitikkan isu 1MDB.

Apabila gagal menjatuhkan Najib dan kecewa anaknya disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah, bapa Mukhriz yang pernah digelar ‘Maha Firaun’ oleh pemimpin-pemimpin pembangkang memecah belahkan UMNO dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Memang wajarlah Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia kerana mana ada negara di dunia yang parti politiknya mencalonkan semula lelaki berusia 93 tahun sebagai Perdana Menteri sementara biarpun pernah memegang jawatan itu selama 22 tahun.

Mungkin Mukhriz malu kerana di negara lain tidak ada ahli politik seperti bapanya sanggup mengorbankan bangsanya semata-mata dendam politik sehingga bersedia menjilat ludah sendiri dan mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara.

Malah mungkin Mukhriz malu kerana bapanya pernah berkata ringgit hanya akan kembali pulih apabila Najib berundur tetapi terbukti ia tidak benar.

Oleh itu fahamlah kita kenapa Mukhriz malu mengaku dari Malaysia tetapi beliau perlu faham orang Brunei pun malu cara berpolitik bapanya. – UTUSAN ONLINE


Sebaran :

2 thoughts on “Apakah Mahathir punca Mukhriz malu mengaku dari Malaysia?

  • Dia sepatutnya mengaku yg dia dari Kerala, India.., tu baru betul.

    Reply

Leave a Reply