1MPAK Bukti Kerprihatihan Kerajaan Terhadap Isu Pengangguran



Sebaran :

Kerajaan tidak pernah ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ dengan masalah penggangguran yang berlaku dalam kalangan belia di negeri ini seperti tohmahan pembangkang. Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak transformasi kerajaan dilaksanakan bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak 2.6 juta peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan untuk rakyat di negara ini.

“Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi komen mengatakan ramai belia di negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan menganggap kerajaan tidak mempedulikan isu berkenaan.

“Sedangkan dari semasa ke semasa, pelbagai program diadakan untuk wujudkan peluang pekerjaan seperti Siri Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK), yang memberi perhatian khusus dalam menyediakan peluang kepada graduan terutama dari luar bandar.



“Inilah bezanya antara kerajaan dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pula memberikan sebarang jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan melancarkan Program 1MPAK pertama di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi 1mpak akan membantu menyediakan 250,000 peluang pekerjaan dengan kerjasama pemain industri dalam jangka masa 10 tahun kepada graduan yang mengikuti program ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tawaran pekerjaan itu merangkumi padanan pekerjaan, peluang perniagaan dan program-program latihan bersama industri.



Bagi fasa pertama ini 1MPAK akan dijalankan di 27 buah daerah terpilih di Perak, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis, Johor, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Bernama / Utusan


Sebaran :


Leave a Reply