Rafizi, Tony daripada ‘harimau’ jadi ‘kura-kura’



Sebaran :

SIAPA tidak kenal Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang disanjung penegak kebenaran, pejuang keadilan dan pembongkar penyelewengan. Walaupun acap kali pendedahan mereka sekadar satu fitnah, tohmahan dan fakta yang dibangkitkan separuh masak tetapi mereka tetap mendapat pengiktirafan daripada penyokong-penyokong Pakatan Harapan.

Mereka dianggap cukup berani dan hebat kerana mendedahkan pelbagai perkara yang dianggap kepincangan dan penyelewengan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Rafizi cukup suka dengan Lembaga Tabung Haji dan Felda, siang malam dalam kepalanya ada agensi tersebut, Tony Pua pula termimpi-mimpi 1MDB.

Biarpun setiap isu yang mereka bangkitkan berhubung agensi berkenaan sudah dijawab, tetapi mereka tetap `menyerang’ bagi mewujudkan keraguan rakyat terhadap kerajaan BN. Tetapi di manakah keberanian mereka apabila tercetusnya isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang?



Setakat ini, kita belum dengar apa-apa? Dua orang yang dianggap `harimau’ itu tiba-tiba bertukar menjadi kura-kura yang menyembunyikan kepala dalam tempurungnya Senyap sunyi.

Mereka cuba alihkan isu dengan perkara-perkara lain, tetapi hakikatnya mereka ibarat tunjuk kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh.

Itulah sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang, rasa diri mereka hebat, kelompok mereka paling bersih dan pejuang keadilan, tetapi hakikatnya mereka jauh lebih buruk daripada orang yang mereka `serang’.



Kalau betul Rafizi dan Tony Pua telus maka mereka perlu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletakkan jawatan kerana banyak isu berlaku di Pulau Pinang, tetapi penulis yakin mereka tidak akan berbuat demikian. Ia kerana mereka bukannya pejuang rakyat tetapi hanyalah ahli politik yang mahu mengelirukan rakyat. – UTUSAN ONLINE



Sebaran :


Leave a Reply