Pengasas PPBM – Mahathir Memperkudakan Rakyat Malaysia!!

Share

SEMENTARA Mahathir sibuk mensampahkan orang lain yang tidak sebulu dengan dia, dua pengasas PPBM sendiri iaitu Kamarul Azman dan Anina Saadudin melabelkan parti yang mereka asaskan sendiri sebagai parti sampah.  Ooi, besar impak statement ni.  Keadaannya samalah seperti kalau Anwar mengatakan PKR sampah, boleh ke bayangkan tu?

Apa agak maksudnya?  Ini pengasas yang cakap ni, bukan seorang pulak tu tapi dua. Videonya boleh ditonton disini.

Berbeza dengan kalau Mahathir panggil UMNO sampah tau.  Mahathir bukan pengasas UMNO, dia cuma haramkan UMNO lama dan tubuhkan UMNO baru untuk elak pemilihan 1987 diadakan semula.  Semangat dan hala tuju masih sama seperti 1946, Mahathir tak perkenal apa yang baru pun hanya untuk pastikan dia tidak kalah dan hilang jawatan Perdana Menteri kalau pemilihan itu dibuat balik.

Bukan itu saja, malah 2 pengasas ini juga mengakui bahawa PPBM ni wujudnya bertujuan untuk menipu orang Melayu, bukan nak menolong orang Melayu atau menggantikan peranan yang sekarang dimainkan oleh UMNO.

Tak hairan dalam AGM parti tersebut, dari pagi sampai petang (ya, mereka mesyuarat sehari pun tak sampai), hanya penuh dengan kutukan, makian serta tuduhan tidak masuk akal terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.  Tidak ada agenda Melayu, Islam atau apa yang ditipukan semua orang masa pujuk nak masuk parti ni dulu.

Entah kenapa parti itu tidak dinamakan sebagai Parti Anti Najib.  Selarilah dengan kenyataan dua pengasas PPBM ini tadi bahawa parti itu hanya ditubuhkan untuk memperkudakan rakyat saja dari dulu sampai sudah.  Masa Mahathir dalam UMNO pun macam tu, dah keluar UMNO pun macam itu.  Menipu rakyat untuk kepentingan sendiri.

Pada penulis sendiri, setelah mendengar kenyataan 2 bekas pengasas PPBM ini, parti ini nampaknya hanya ditubuhkan untuk membantu DAP menang jadi kerajaan di Malaysia saja dengan memperalatkan orang Melayu.  DAP tarik atau menang tanpa sokongan Melayu dan dengan itu mereka memperalatkan Mahathir dan PPBM untuk mencapai tujuan tersebut.

Kalau tak betul cakap dua orang ini, Mahathir dipersila ambil tindakan undang-undang terhadap mereka.  Pakai falsafah sendiri, saman bukti tak salah, tak saman bukti salah.

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!