Azmin Masih Berharap Pada PAS

MUNGKINKAH Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berani menentang arahan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan dengan terus berusaha memujuk parti PAS untuk bersekongkol dengan beliau? Rakyat Selangor tahu betapa bencinya DAP terhadap parti PAS.

Orang Melayu tahu bahawa DAP mengunakan apa sahaja kesempatan yang ada untuk memperlekehkan agama Islam secara langsung atau pun tidak langsung selagi ianya mampu merendahkan mertabat agama Allah s.w.t ini.

Dalam beberapa pilihan raya yang lalu DAP boleh bekerjasama dengan PAS memandangkan ketika itu mereka sanggup bertolak ansur dalam isu negara Islam. PAS menukar fokus kepada negara berkebajikan. Namun lama kelamaan sokongan rakyat terhadap PAS semakin merudum sehingga mereka terpaksa kembali semula kepada “perjuangan” asal iaitu kononnya negara Islam.

Ketika ini isu memperkasakan undang-undang syariah untuk orang Islam timbul. Walaupun ianya bukan untuk orang kafir namun demi keangkuhan parti chauvanist mahu menunjukkan kuasa mereka maka DAP menentang undang-undang yang bukan untuk mereka pun. Ketika ini lah DAP berpatah arang berkerat rotan dengan parti PAS.

Sehingga ke hari ini pakatan Selangor Selangor masih belum memulakan secara rasmi rundingan untuk agihan kerusi negeri walau tempoh yang ditetapkan hanya berbaki tujuh hari. Malah Jawatankuasa Khas Rundingan Agihan Kerusi DUN Selangor yang sepatutnya dianggotai oleh wakil dari empat parti komponen juga masih belum dibentuk.

PKR dikatakan masih cuba menarik PAS bersama dengan keyakinan bahawa pakatan akan kalah di Selangor tanpa penyertaan parti itu. Tarikh akhir rundingan peringkat negeri seperti yang ditetapkan oleh PH Nasional ialah pada 31 Januari 2018.

PPBM, PAN dan DAP telah melakukan rundingan pembahagian kerusi antara mereka tanpa penglibatan PKR. Menurut jangkaan awal, PKR akan bertanding sehingga 30 dari 56 kerusi negeri di Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam PRU13, PKR hanya bertanding 20 kerusi sahaja, manakala PAS bertanding di 20 DUN dan DAP 15. Dalam rundingan tiga parti itu, DAP akan kekal di 15 kerusi yang ditandinginya pada PRU13 manakala 20 kerusi PAS akan diagihkan antara Amanah dan Bersatu.

Kemelut dalaman pakatan Selangor dilihat semakin meruncing ketika PRU14 semakin menghampiri. Azmin Ali masih lagi berharap pada parti PAS ketika DAP mengistiharkan sebaliknya. Semua perkara ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk merampas semula Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *