Mejar Huan Diugut Bunuh

NEGERI Pulau Pinang sememangnya menjadi kebanggan parti DAP walaupun negeri tersebut mengalami defisit hampir mencecah satu bilion ringgit. Desas desus bertiup kencang mengatakan kumpulan kongsi-kongsi gelap menguasai Pulau Mutiara tersebut. Malah di bawah kerajaan DAP, kumpulan kongsi gelap ini dikatakan semakin bermaharajalela.

Hari ini Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan telah membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi SMS semalam daripada orang yang tidak dikenali.

Beliau berkata ugutan itu dalam bentuk mesej “CAKAP BANYAK, KAU MATI” yang diterimanya kira-kira jam 3 petang daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Walaupun terkejut menerima mesej berbaur ugutan tersebut, beliau tetap cuba membalas mesej itu dan membuat panggilan ke atas nombor itu tetapi tidak dapat dihubungi lagi dan mesej beliau tidak dihantar.

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Pulau Pinang bagi meminta polis menyiasat kes ini demi keselamatan anggota keluarga beliau.

Menurut Huan lagi, beliau tidak dapat mengenal pasti individu terbabit atau mengetahui sebab di sebalik mesej itu, tetapi beliau percaya ia mungkin berpunca daripada keberaniannya bersuara terhadap kerajaan negeri DAP untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Jika dilihat dari corak ugutan tersebut, ianya seolah-olah mengesahkan bahawa Pulau Pinang dan DAP dikuasai kumpulan kongsi gelap. Perkara ini tidak boleh diambil ringan. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas bagi memastikan tidak ada parti politik berselindung disebalik kongsi gelap untuk berkuasa.

Negara kita mempunyai undang-undang. Tidak ada sesiapa dibenarkan terlepas dari hukuman. Tidak wujud istilah maharaja, tokong dan sebagainya yang menjadikan mereka kebal.

Walaupun Huan menerima ugutan bunuh namun beliau tidak akan tunduk malah akan terus bersuara bagi rakyat Pulau Pinang terhadap sebarang isu rasuah melibatkan kerajaan negeri pada masa ini. Malah beliau tidak mahu menuding kepada sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Mungkinkah isu skandal terowong dasar laut telah menyebabkan wujudnya ugutan bunuh tersebut? SPRM dan pihak polis perlu bekerjasama dengan lebih erat bagi membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *