Mahathir Lupakah DAP Mahu Berhentikan 700,000 Kakitangan Awam

Masihkah anda ingat dakwaan pembangkang yang diketuai DAP berkenaan kakitangan awam di negara kita?

“Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun.

Kita tahu bahawa pembangkang seolah-olah benci kepada kakitangan awam yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu. Namun memandangkan Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) semakin hampir maka kita akan melihat dan mendengar kenyataan yang bercanggah dari pembangkang hanya sekadar untuk meraih undi dengan menipu rakyat.

Secara tiba-tiba Mahathir yang seolah-olah ditugaskan memecahbelahkan orang Melayu tampil membuat kenyataan menuduh kerajaan mengugut semua kakitangan kerajaan, bukan hanya guru, agar menjauhkan diri daripada politik dan pembangkang.

Beliau mendakwa ia dimaklumkan sendiri oleh para kakitangan kerajaan. Kita tahu bahawa dakwaan Mahathir tersebut tidak berasas. Di zaman pemerintahan Mahathir, jika beliau mendapati sesiapa sahaja yang menentang beliau maka individu tersebut akan berhadapan dengan tahanan ISA.

Pada usia yang hampir mencecah 100 tahun Mahathir dilihat masih sanggup membuat fitnah dan memutar belitkan kenyataan hanya semata-mata memuaskan hati DAP yang mengetuai pakatan harapan. Beliau dikatakan mendapat arahan untuk “menghancurkan” orang Melayu.

“Kami mendapati menteri-menteri dan perdana menteri memberi ceramah politik kepada pegawai kerajaan, bukan mengenai pentadbiran, tetapi mereka diugut agar mengundi Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Dr Mahathir semasa sesi soal jawab ketika bercakap mengenai dasar PH di Facebook hari ini. Dakwaan Mahathir mengenai ugutan ini sememangnya berniat jahat.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa undi adalah rahsia dan hak mutlak masing-masing. Namun perancangan jahat pembangkang yang diketuai DAP terhadap penjawat awam adalah benar. Oleh itu, penjawat awam perlu tahu perkara tersebut bagi membantu mereka membuat keputusan yang betul demi masa depan masing-masing.

Media pembangkang memutar belitkan kenyataan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid kononnya tindakan tatatertib akan diambil terhadap guru jika didapati menyokong pembangkang dan menghalang mereka daripada menyertai mana-mana parti pembangkang atau mengkritik kerajaan.

Pejabat media dan komunikasi Kementerian Pendidikan dalam satu siri “tweet” berkata menteri berkenaan hanya memberi “nasihat sebagai seorang ayah kepada anak” apabila mengingatkan guru dan pegawai pendidikan agar berpada-pada menyokong pembangkang.

Apabila Mahathir bercakap mengenai kebebasan bersuara maka kita tahu beliau hanya “bullshit”. Ketika zaman pemerintahannya tidak wujud istilah kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Berapa ramai yang dipenjarakan tanpa bicara sebagai tahanan ISA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *