‘Bullsh*t Talk’ Dari Melayu Mudah Lupa…

Terkini di My KMU !!!!---->

Penulis agak bersimpati dengan keadaan terkini seorang warga emas yang suka banyak bercakap untuk mencapai cita-citanya mahu kembali berkuasa. Semakin banyak dia bercakap, semakin terserlah penyakit ‘alzhiemer’nya…

Kononnya dia bercakap soal polisi. Katanya, kerajaan yang dia ketuai dulu hebat-hebat belaka. Konon dulu di zamannya tiada yang susah dapat kerja, semua dapat biasiswa dan banyak peluang berniaga. Dia tuduh pula zaman sekarang ini konon rakyat ‘menderita’?

Penulis rasa, kondisi warga emas ini sudah semakin ‘parah’. Mungkin dia lupa bahawa generasi yang dewasa dan membesar di zaman dia berkuasa dulu masih hidup bernyawa dan belum lagi meninggal dunia. Kami tidak lupa tentang apa yang kami hadapi dulu!

Dia cakap zamannya dulu senang dapat kerja? Budak ‘kanyaq’ bolehlah dia auta. Penulis yakin, ramai di kalangan rakan-rakan penulis yang masih ingat tentang apa yang berlaku selepas kami semua bergelar graduan di zaman 1990’an, terutama di hujung dekad itu.

Rata-ratanya kami memang gagal mendapat kerja. Walau cemerlang membawa gelaran anugerah dekan pun, masih gagal untuk mendapat kerja. Natijahnya, kami tidak memilih. Yang mahu berkerja, kami ‘bedal’ saja kerja apa yang ada. Yang berniaga tepi jalan pun ada.

Ada graduan undang-undang yang jadi ‘mat despatch’. Ada graduan kejuruteraan yang jadi kerani dan wartawan kadet. Ada lulusan biologi yang terpaksa jadi pekerja restoran makanan segera. Malah ramai juga yang jual burger. Mahu jual nasi lemak, susah nak laku…

Cuba teka pada tahun berapakah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan? Jawapannya ialah pada 1997. Siapa yang paling berkuasa pada tahun tersebut jika bukan warga emas itu? Zaman siapa yang luluskan Akta PTPTN 1997 (Akta 566)?

Ketika PTPTN ditubuhkan, ramai di kalangan mahasiswa yang berasal dari keluarga miskin telah ditarik balik biasiswanya walaupun mereka cemerlang belajar. Setelah dimansuhkan biasiswa, ada yang dapat pinjaman PTPTN dan ada yang tidak. Nampak?

Malah di zaman itu jugalah kami menyaksikan ribuan usahawan bumiputera kelas F yang bankrap, manakala ribuan syarikat perniagaan yang terpaksa gulung tikar. Ada yang tinggal sehelai sepinggang, bercerai berai dan ada pula yang jadi gila kerana tekanan.

Jadi, di mana faktanya yang dia kata zaman dia berkuasa dulu semuanya terbukti hebat-hebat belaka? Biasiswa dibatalkan dan diganti dengan pinjaman satu hal, susah hendak dapat kerja satu lagi hal, bagaimana hendak berniaga jika ramai yang muflis?

Deritanya waktu itu hanya Allah saja yang tahu. Cumanya antara kelebihan generasi kami ialah kami bukan jenis yang suka MENGELUH. Susah kami simpan dalam hati, jadikan azimat untuk tabah hadapi cabaran. Kami usaha tingkatkan diri sedaya upaya kami.

Jadi, mungkin berkat kesabaran dan kehendak Allah, maka tidak hairanlah jika ada di kalangan kami yang dulunya ‘mat despatch’ lulusan undang-undang, kini memiliki firma guaman sendiri. Jangan hairan jika jurutera yang dulunya kerani, kini bergelar ‘Ir.’ di syarikat kejuruteraan. Malah ramai yang berniaga dan hidup senang…

Konon kini susah dapat kerja? Warga emas itu sendiri katakan dalam ‘bullshit talk’ itu bahawa dia tidak faham mengapa di zaman ini ada generasi yang lebih memilih untuk menjadi ‘mat rempit’ dan tidak bekerjaya.

Hakikatnya di zaman ini peluang lebih banyak terbuka berbanding di zaman dia berkuasa dahulu. Bantuan, insentif dan banyak lagi peluang yang dibuka kerajaan di zaman ini. Cuma mungkin generasi zaman ini saja yang lebih memilih untuk menjadi ‘mat rempit’?

Pada penulis, ia sebenarnya ialah soal sikap. Jika malas, maka sukarlah dia hendak berjaya. Cuba dia usaha dan rebut peluang melalui saluran yang disediakan, insha Allah berjaya. Zaman sekarang, kerajaan sudah bantu ratusan ribu usahawan berjaya sebenarnya. Itu fakta yang perlu warga emas itu tahu. Cari sendiri angkanya.

Justeru itu, warga emas itu tidak perlulah ber’bullshit talk’ secara ‘live’ dan mendedahkan lagi penyakit ‘alzhiemer’ yang dihadapinya. Jika terdesak ‘gila’kan kuasa sekali pun, tidak perlulah pura-pura lupa atau menipu budak-budak ‘kanyaq’ di Facebook. Malulah pada cucu-cicit…

Leave a Reply