Mahathir Cakap Pasal Kos Sara Hidup Serupa Gigolo Mengaku Teruna, Siapa Bodoh Saja Percaya

Share

JIKA sesiapa sedar, antara tempoh Disember 2014 hingga 30 Disember 2017, itu adalah masa Mahathir menukar rupanya mengikut keadaan yang menguntungkan dia – mengkarunglah lebih kurang.

Kalau ada untung sokong Anwar (sekalipun dialah yang memecat Anwar), maka Mahathir sokong Anwarlah.  Kalau ada untung sokong DAP dan jilat Kit Siang (sekalipun berpuluh tahun tuduh DAP dan Kit Siang rasis, cauvanis, komunis), maka Mahathir sokonglah kedua itu dan seterusnya.

Tapi selepas 31 Disember 2017, iaitu selepas diisytiharkan sebagai calon PM Pakatan, Mahathir kembali menjadi dia yang sebenarnya.  Mula-mula ni, Mahathir tak sembunyi langsung hakikat bahawa dia akan mengekalkan semua konsesi tol yang ada sekarang kalau dia jadi PM semula.


Mengekalkan konsesi tol ni bukan saja berlawanan dengan apa yang DAP, PKR dan PAN tipu rakyat selama hari ini tapi turut tak menyokong hasrat untuk menurunkan kos sara hidup.  Nak cerita apa pasal kos sara hidup kalau tol mesti naik setiap 3 tahun sekali?  Bukan tol saja, tambang ERL, tarif elektrik, semua ini hasil konsesi.

Nasib baik Najib dah tukar banyak tapi Mahathir nak kembalikan semua pulak.

Yang Mahathir pun satu, kalau betul peduli rakyat, kenapa buat perjanjian konsesi mesti ada kenaikan setiap beberapa tahun, kenapa tak buatkan supaya turun setiap tahun?  Ooo, pandai pulak naik semua tapi part kos sara hidup macam cerdik sangat nak turunkan pulak ya.


Leave a Reply