Harap ‘Dia’ Sedar Diri Sebelum ‘Tak Sedar Diri’

Sebaran :

Sejak akhir-akhir ini, kecoh diperkatakan apabila bekas Perdana Menteri diumumkan menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Ramai yang tergamam bila dia berpeluang dua kali untuk duduk di kerusi tertinggi kepimpinan negara itu.

Tapi pada penulis, dia hanya ‘berpeluang’ jadi Perdana Menteri kali kedua sahaja. Dia belum betul-betul jadi Perdana Menteri untuk kali kedua. Namun dari riak wajah tuanya, dia nampak gembira sangat, teruja dipilih puak pembangkang yang dulunya mahu dia undur!

Dari sudut lain, penulis melihat seolah-olah dia sedang mengakali puak penentang tegarnya itu. Mungkin dalam kepalanya dia berpandangan bahawa mereka ini dulu mahu ‘benam’ aku ke tanah, tapi kini mereka berada di bawah tapak kaki aku.

Namun begitu, sama ada dia sedar diri atau tidak, dia seolah-olah ‘buta’ dengan persekitaran politiknya. Dia tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘sementara’ dan mengapa dia sengaja dipilih untuk menjadi calon Perdana Menteri?

Pada penulis, dia hanyalah ‘pekakas’ sahaja, tidak lebih dari itu. Dia hanya dipergunakan sahaja, tidak lebih dari itu. Dia hanya seorang warga emas yang dikerah untuk menjadi ‘macai’ dengan janji untuk menjadi ‘boneka utama’ jika berjaya, tidak lebih dari itu.

Bila dia jadi Perdana Menteri, maka dia akan mungkin janji dan tidak akan menyerahkan jawatan kepada banduan di Sungai Buloh itu? Mungkin juga. Tapi, jika dia berbuat demikian, maka penulis yakin nasibnya akan jadi seperti nasib anaknya di Dun Kedah.

Suka atau tidak, rela atau tidak, statusnya yang sebenar hanyalah ‘pencacai tua’ kepada DAP, PKR dan PAN. Dia hanya ‘boneka’ yang digerakkan oleh ‘tok dalang utama’ dari DAP yang disokong PKR dan PAN. Jika dia bantah, maka dia akan ‘hilang jawatan’.

Itu yang penulis jangka berlaku jika Pakatan Harapan mampu tewaskan BN. Itupun kalau mampulah. Sehingga sekarang, rasional yang penulis teliti dari banyak sumber mengatakan sangat sukar untuk mereka tumbangkan BN. Rakyat memang tak yakin pun pada pakatan huru-hara itu…

Apa akan berlaku terhadap warga emas itu jika BN berjaya kekal sebagai kerajaan dan Pakatan Harapan tewas?

Penulis jangka, dia akan ‘meroyan sakan’. Dia mungkin akan keluarkan jutaan alasan untuk mengutuk kemenangan BN. Kerajaan BN, SPR dan pihak berkuasa adalah sasaran mudah untuk menjadi tempat dia melemparkan kekecewaan.

Jika usianya panjang, maka dia akan terus dipergunakan selepas PRU sebagai ‘macai perdana’. Kerjanya hanya buat sidang media dan hentam BN. Jika Sarawak Report keluarkan ‘rekaan’ terbaru, dia perlu ‘pick up’ dan serang BN. Jika demam, dia perlu ‘update’ blog.

Ketika itu, sudah tentu harapannya untuk naik kali kedua jadi Perdana Menteri sudah musnah. Calon tunggal yang keluar dari Sungai Buloh akan mengambil alih. Ketika itu, tahulah dia ‘langit itu tinggi atau rendah’.

Dia perlu ingat bahawa banduan itu pun bukan calang-calang orang. Banduan itu pernah tipu dia ‘hidup-hidup’. Dalam senyum dan mesranya, dia mampu ‘tidur’kan warga emas itu selamanya, tidak mampu mengangkat kepala lagi.

Warga emas itu fikir dia siapa? Depan rakyat, mungkin banduan itu boleh tunjuk baik dan berbudi bahasa. Tapi ingat, dalam bilik mesyuarat belum tentu lagi anginnya baik. Jika dia terbayang Tivolli Villa, Sukma atau tilam yang diusung ke sana ke mari dulu, boleh nahas!

Jadi, penulis tidak melihat prospek yang baik untuk warga emas itu selepas PRU ke-14. Lebih kurang sama saja pengakhirannya. Dia harap anaknya jadi Perdana Menteri nanti? Jangan mimpilah! Daripada naikkan anak ‘maha firaun’, lebih baik naikkan anak sendiri. ‘Aljuburi’ pun ada anak juga, bukan?

Justeru itu, penulis harap dia berdiri depan cermin yang paling besar di ‘istana’nya dan suluh diri sendiri. Sedarlah diri sebelum ‘tak sedari diri’. Jika sudah ‘tidak sedarkan diri’, hendak taubat pun Allah tak terima. Sudah terlambat kata ustaz…


Sebaran :

Leave a Reply