Dia Perlu Persoal Diri Sendiri Sebelum Persoal Kredibiliti Ulama

Share

Bukan main lagi puak Pakatan Harapan menghentam PAS. Jika dulu mungkin sehari dalam seminggu sahaja mereka menghentam PAS, tapi sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan hampir setiap hari parti itu menjadi sasaran. Kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang dibalun…

Jika tidak ada isu terkini yang boleh dijadikan bahan serangan, maka kisah-kisah lama PAS diungkit agar dapat memenuhi agenda mereka. Sama ada dalam atau diluar konteks, selagi boleh, mereka hentam PAS semahu-mahunya. Tiada belas ehsan?

Terbaru, seorang warga emas yang seolah dianggap maksum tergamak mempergunakan nama Islam untuk memuaskan nafsu politiknya. Kononnya bertanyakan soal hukum hakam, tapi nampak jelas dia hanya berlaku sakarstik dalam agenda menyerang PAS.

Memang benar, tahap pemahaman Islam seseorang itu terhad apabila dia tidak berlatar belakang pendidikan agama. Mampu berbahasa arab adalah satu kelebihan untuk menjiwai Islam kerana Al-Quran dan Rasulullah SAW itu sendiri berbahasa arab. Itu normal.

Analogi mudahnya, bandingkan seorang doktor yang tidak mendalami ilmu agama dan tidak tahu berbahasa arab dengan seorang ulama yang sangat faqih dengan ilmu-ilmu agama dan mahir berbahasa syurga.

Antara kedua mereka, yang mana lebih tahu bab hukum-hakam Islam? Antara keduanya, yang manakah lebih tahu kaedah berijtihad tentang suatu hukum? Antara mereka berdua, yang manakah lebih memahami Islam secara keseluruhan?

Sudah tentulah ulama itu, bukan? Manakala jika dibandingkan tentang soal perubatan, maka sudah tentulah doktor itu lebih tahu. Jika kita tidak sihat, takkanlah kita jumpa ulama itu untuk minta diubati? Ulama mungkin boleh mendoakan kita sihat, tapi doktor akan memeriksa apa sebenarnya sakit kita dan beritahu ubat apa yang perlu ditelan, bukan?

Warga emas itu tidak perlu sakarstik tentang hukum Islam. Apa dia tidak tahukah bahawa hukum meminum arak itu beberapa kali dinasakh-mansukhkan? Dari dihukum sebagai makruh, namun kemudian Allah haramkan secara mutlak pada firmanNya yang kemudian.

Jadi, soal hukum hakam, usahlah diperolokkan peranan ulama. Mereka memang ‘ahli’ dalam soal itu. Kenapa perlu warga emas itu meletakkan kesangsian dan was-was dalam hati umat Islam dengan persepsi meragukan terhadap ulama?

Warga emas itu tidak perlu risau. Tiada wang yang dicuri. Malah tidak ada wang curi pun yang digunakan 1MBD untuk membantu hasrat umat Islam di negara ini untuk menunaikan haji. Jadi, dia sebenarnya tidak perlu timbulkan soalan sakarstik itu pun.

Cuma, sebaiknya warga emas itu perhitung pahala dan dosa sendiri. Cukupkah bekalan untuk bertemu Allah nanti? Apakah semua rakyat di negara ini sudah maafkan aku? Adakah aku atau keluarga aku ‘tercuri’ atau ‘lesapkan’ wang rakyat? Berapa banyak aku menipu rakyat?

Cuba tanya diri sendiri secara spesifik, pernahkah diri berbuat salah atau zalim sepanjang 22 tahun itu? Adakah benar segala yang pernah dipertuturkan? Benarkah dia berzina dan meliwat? Atau aku hanya mengada-adakan cerita untuk matikan langkahnya daripada mengambil kerusi empuk aku? Salahkah aku malukan dia dan keluarganya ke seluruh dunia?

Bagaimana pula dengan perbuatan aku kepada Perdana Menteri yang pertama, kedua dan ketiga? Kesemuanya sudah meninggal dunia. Adakah mereka atau waris mereka memaafkan aku? Bagaimana pula dengan bekas-bekas Timbalan aku dulu?

Apa pula nasib diri aku berdepan dengan mangsa-mangsa Memali di akhirat nanti? Mampukah aku arahkan agar mereka ditembak sekali lagi? Bagaimana pula dengan waris-waris mereka? Adakah mereka juga akan menuntut hutang dari aku?

Dari mana datangnya 1 sen wang aku dan ke manakah aku belanjakan? Apakah aku pernah mengamalkan kronisme dan nepotisme? Pernahkah aku merencana suatu yang berunsur ‘conflict of interest’ dan menguntungkan keluarga aku? Kontrak anti-rust di Proton?

Penulis yakin, ada banyak lagi persoalan yang perlu warga emas itu rungkai dan tanyakan pada diri sendiri. Tempoh puluhan tahun dalam politik bukan masa yang singkat. Banyak yang perlu dia renungkan dalam ‘masa kecederaan’ ini.

Bukanlah penulis hanya maksudkan warga emas itu sahaja. Bahkan semua umat Islam, termasuk diri penulis sendiri perlu merenung diri. Kita semua tidak maksum. Jadi, janganlah berlagak maksum terutama bila usia mencecah lebih 90 tahun…

Leave a Reply