Taja Haji: Haram Macam Mana Kalau 1MDB Yang Tanggung Sendiri?

Sebaran :

AGAK kelakar bila Mahathir menuduh semua orang yang ditaja untuk menunaikan Haji oleh 1MDB sejak 2011 ini, tidak sah hajinya.  Bukan soal hukum atau kelayakan Mahathir untuk menentukan siapa punya Haji sah atau tidak sangat pun, tapi dari segi logik – macam mana pulak wang yang digunakan untuk menanggung jemaah Haji ini boleh jadi haram sehingga ibadah tak sah?

Formula apa Mahathir pakai untuk kata yang pergi Haji atas tajaan 1MDB tu ibadahnya tak sah?  1MDB pakai duit dia sendiri kot (melalui Yayasan 1MDB) untuk taja orang tu semua, tak sah atau jadi haram macam mana?  Selalu Mahathir kata duit 1MDB ini yang dicuri – tak pernah yang kita dengar Mahathir kata 1MDB mencuri duit sesiapa,  tapi bila 1MDB taja orang pergi haji, ibadahnya tak sah pulak, macam mana fahamnya tu?

Kita pakai logik Mahathir saja balik ni, bukan reka-reka pun.  Umpamanya duit Mukhriz kena curi RM 100 tapi bila Mukhriz belanja orang lain makan, haram makanan itu!!  Macam mana pulak? Duit Mukhriz yang kena curi, bukan Mukhriz yang mencuri!!  Kena pakai contoh macam ini juga mudah faham agaknya.

Waima kalau Mahathir boleh buktikan betul ada duit 1MDB dicuri sekalipun, masih lagi tidak boleh menjelaskan bagaimana 1MDB menaja orang pergi haji boleh jadi haram.  Itu kalau boleh buktikanlah, masalahnya dari mula isu ni sampai sekarang, satu sen hilang pun Mahathir tak boleh nak tunjuk, tapi orang yang ditaja pergi haji oleh 1MDB, tak sah pulak.

Sehingga diakhirnya, bukan Mahathir saja yang kena bertaubat ni, siapa siapa pun yang beriman dengan ‘fatwa’ tersebut pun kena ikut bertaubat sama.  Dia ni sedar ke tak sedar apa yang dia sendiri cakap pun entahlah, jelas nampak contradict tu.  Kata 1MDB duitnya dicuri tapi bila 1MDB taja orang pergi haji, jatuh haram pulak, haram kepala bapak dia.

Atau mungkin faham Mahathir, sebab 1MDB ini mengambil alih apa yang dulu bisnes kroni-kroninya, maka itu jatuh haram bila 1MDB taja orang pergi Haji?  Kalau inilah justifikasinya, itu bukan haji tu yang haram tapi Mahathir yang haram jadah!!

 


Sebaran :

Leave a Reply