Mahathir jangan bermain dengan hukum

Sebaran :

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak ‘bermain-main’ dengan hukum sementelah menjadi tembok penghalang kepada sesiapa sahaja yang ingin mengerjakan ibadat haji.

Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, ketelanjuran kata-kata bekas Perdana Menteri berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu menampakkan beliau sedang bermain ‘wayang politik’ tetapi secara tidak sedar telah mempersendakan hukum Tuhan.

“Majlis Fatwa serta Mufti pun tidak boleh sesuka hati mengeluarkan fatwa. Adakah kuasa veteran politik sepertinya melebihi segala-galanya sehinggakan boleh menentukan mabrur atau tidak ibadah haji seseorang itu.

“Hukum Taklifi atau hukum syarak adalah tertakluk kepada tatacara, rukun haji serta wajib haji yang individu itu kerjakan. Mabrur atau tidak ibadah haji tersebut, itu urusan Allah SWT,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam ceramah terbaharunya di Kampung Bukit Jambul, Kedah semalam, Dr. Mahathir mendakwa duit yang kononnya dicuri, merujuk kepada 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan haji. – UTUSAN ONLINE.


Sebaran :

One thought on “Mahathir jangan bermain dengan hukum

  • Merapu dah madey tua kerala ini.

    Reply

Leave a Reply