Harap ‘Dia’ Mahu Salam Orang Langkawi Lepas Kalah Nanti…

Share

Baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk berbual dengan beberapa pemimpin politik dari utara semenanjung. Walaupun hanya sembang-sembang santai saja, tapi lebih daripada 1 jam juga kami berbicara soal politik semasa…

Antara topik yang menarik perhatian penulis adalah tentang kenapa ada di kalangan pemimpin UMNO dan BN yang enggan ‘bergaduh’ dengan seorang warga emas yang mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan negara.

Jawapan pertama yang penulis perolehi adalah disebabkan pemimpin itu tidak mahu ‘bergaduh’ dengan orang tua. Katanya, menghormati orang tua memang merupakan budaya kita orang Melayu dan masyarakat Malaysia.


Penulis setuju dengan jawapan ‘selamat’ itu. Memang benar, adab Islam dan susila orang Melayu memang menganjurkan kita supaya menghormati golongan yang lebih berusia walaupun individu itu adalah ‘musuh’ sekali pun.

Namun begitu, pada pandangan penulis, adalah tidak salah untuk kita menyangkal kata-kata individu yang lebih tua sekiranya mereka tersasar dari kebenaran, apatah lagi jika dia berbohong. Menyangkal tidak semestinya tidak hormatnya dia, bukan?

Menyangkal fitnah, pembohongan dan buruk laku golongan lebih tua adalah perlu dilakukan dengan cara yang berhemah. Jangan disergah atau diketuk kepalanya, itu tidak beradab. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang bijaksana dan menepati adab menegur dalam Islam.


Jika dia mahu dengar dan akur dengan teguran itu, maka syukurlah. Namun jika warga emas itu degil dan tetap menegakkan benang yang basah, maka biarlah. Penulis yakin, nanti dia akan malu sendiri. Jika dia tidak malu, maka Allah lebih tahu untuk ‘ajar’ dia nanti.

Jawapan kedua yang penulis dapat adalah disebabkan pemimpin warga emas itu enggan salam dengan mana-mana individu yang menyinggung hatinya. Jika dia marahkan seseorang, dia takkan salam dengan orang itu walau orang tersebut hulurkan tangan padanya.

Penulis tidak pasti sama ada jawapan ini betul atau tidak. Namun daripada maklumat yang penulis dapat daripada ramai pihak, memang itu perangai warga emas tersebut. Jika dia marahkan seseorang, orang itu hulur tangan untuk bersalam pun dia takkan sambut.


Khabarnya, ketika anaknya menyungkurkan diri sendiri dari kerusi Menteri Besar hampir dua tahun lalu, dia enggan salam dengan Menteri Besar yang baru. Mungkin kerana dia marah terhadap Menteri Besar tersebut. Salam yang dihulur hanya disambut di hujung jari?

Malah seorang dari pemimpin yang penulis temui mendakwa dia malas ‘bergaduh’ dengan warga emas itu kerana sikap ‘enggan bersalam’ itu. Pemimpin itu akui perangai buruk itu kebudak-budakan dan memalukan, tapi atas dasar hormat kepada orang tua, maka dia biarkan saja warga emas itu terus ‘meroyan’.

Penulis tersenyum mendengar jawapan ini. Memang benarlah ia satu sikap yang sangat memalukan. Rupanya, selain gilakan kuasa dan mahu pastikan legasi kuasa berterusan, dia juga ada perangai buruk yang ‘menyentuh jiwa’. Boleh tahan juga ‘sentap’nya, kan?

Atas dasar hormat, maka penulis akur dengan jawapan itu. Namun, jika insiden ‘enggan salam’ itu berlaku pada penulis, maka insha Allah, tahulah penulis ‘ajar’ warga emas itu tentang adab Islam dan kesusilaan bangsa Melayu yang berpegang teguh dengan ajaran Rasulullah SAW…

Pelik sungguh perangainya. Rasulullah SAW dulu begitu murni akhlaknya menyambut salam sesama saudara seagama. Malah salam daripada golongan bukan Islam dan Yahudi pun baginda sambut dengan hati terbuka. Apa ‘dia’ lebih maksum dan tinggi martabatnya berbanding Rasulullah SAW?

Harapan penulis semoga dia berubah cepat dan tidak lagi berperangai seperti itu. Bukan apa. Risau juga nanti dia tunjuk perangai buruknya depan orang Langkawi. Hanya kerana orang Langkawi tak beri undi padanya nanti, dia ‘sentap’ tak mahu salam pula. Harulah kalau begitu…

2 thoughts on “Harap ‘Dia’ Mahu Salam Orang Langkawi Lepas Kalah Nanti…

  • January 22, 2018 at 23:35
    Permalink

    Buruk perangai kutty ni

    Reply

Leave a Reply