SYED SADDIQ LARI DARI JOHOR?

Share

Selepas Pakatan Harapan mengumumkan pengagihan kerusi kepada semua parti dalam Pakatan Harapan, kami tertanya-tanya. Di manakah Syed Saddiq akan bertanding?

Maklumlah, beliau sanggup menolak tawaran belajar di Oxford dan tawaran berjuta-juta ringgit semata-mata mahu menyelamatkan Malaysia.

Malah tindakan itu memberi isyarat bahawa beliau sebenarnya lebih mahukan bertanding pada Pilihanraya yang akan datang berbanding mahu melanjutkan pelajaran di Oxford.


Oleh kerana Syed Saddiq ini tinggal di sekitar kawasan Johor Bahru. Kami menjangkakan bahawa beliau bakal bertanding di Parlimen Pulai.

Ia bakal menemukan beliau dengan penyandang Ahli Parlimen Pulai merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan. Pada PRU13 yang lalu, Datuk Nur Jazlan menewaskan Salahuddin Ayub dengan majoriti 3,226 undi. Salahuddin Ayub bertanding atas tiket Naib Presiden Pas pada ketika itu.

Dengan Pan kekal mendapat kerusi Parlimen Pulai. Maka ia mengesahkan bahawa Syed Saddiq tiada tempat di Pulai.


Selepas tiada tempat di Pulai, kami melihat agak mustahil untuk beliau bertanding di 4 kerusi bandar lain yang menjadi tumpuan di Johor. Gelang Patah (DAP), Johor Bahru (PKR), Pasir Gudang (PKR), dan Tebrau (PKR).

Pengagihan kerusi tersebut mengesahkan bahawa tiada tempat untuk PPBM dan Syed Saddiq di kawasan bandar. Jika beliau begitu terdesak sangat untuk bertanding maka pilihan yang ada hanyalah; bertanding di luar kawasan atau pun bertanding di luar negeri Johor.

Memandangkan Syed Saddiq bukanlah watak yang dekat dengan Johor dan hanya mempergunakan nama Johor untuk perjalanan politik, maka kami melihat agak sukar Syed Saddiq bertanding di lain-lain kerusi di Johor.


Mengapa beliau akan ditolak jika bertanding di Parlimen lain dalam Johor?

Majoriti rakyat Johor sudah sedar bahawa selama ini mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan dan propaganda pembangkang semata-mata. Undi mereka hanya di manipulasi untuk kelangsungan karier ahli politik luar yang datang ke negeri Johor.

Contohnya, Lim Kit Siang bukan orang Johor yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah langsung tidak pernah berkhidmat atau memperjuangkan nasib dan kepentingan pengundi Gelang Patah.

Sama seperti Liew Chin Tong, bekas ahli parlimen di Pulau Pinang yang kini menjadi Ahli Parlimen Kluang. Beliau langsung tidak pernah dilihat berkhidmat di kawasannya dan hanya mempergunakan pengundi Kluang semata-mata.

Maka pengundi di Johor lebih dahagakan calon tempatan yang boleh berkhidmat kepada mereka. Dalam kes Syed Saddiq ini akhirnya pilihan yang ada beliau terpaksa bertanding di luar Johor. Kemungkinan terbesar beliau akan bertanding di kerusi PPBM di kawasan Wilayah Persekutuan.
Jika permulaan karier politik beliau bermula di luar Johor, maka Syed Saddiq akan dikenang sebagai ahli politik yang langsung tidak membawa identiti Johor.
Nasib beliau sama sahaja seperti Salahuddin Ayub. Selepas ditolak di Kelantan kini barulah mahu kembali ke Johor.

Kedua, kempen Syed Saddiq bakal diboikot oleh ahli Pan terutamanya. Hal ini kerana Pan telah bertungkus lumus bekerja dan memperkenalkan calon parti mereka tetapi akhirnya PPBM telah merampas kerusi mereka di kawasan Wilayah Persekutuan.
Walau apa pun, kami tidak melihat Syed Saddiq memperjuangkan agenda generasi muda. Beliau hanyalah anak muda yang sedang dipergunakan dan sedang mencari perhatian semata-mata. Tidak ubah hanya seperti ‘warload’.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Leave a Reply