Gandingan Mahathir Azizah Bukti Melayu Boneka DAP

RAKYAT Malaysia tahu dengan jelas bahawa pakatan harapan diketuai DAP sejak dari mula lagi. Perkara tersebut mengundang kegelisahan di kalangan pemimpin kanan DAP. Mereka tidak menyangka tembelang tersebut dapat dihidu oleh ramai pihak.

Bagi mengatasi perkara ini maka DAP terpaksa mengenengahkan pemimpin Melayu yang boleh menjadi boneka kepada parti serpihan PAP tersebut. DAP juga tahu bahawa mereka tidak mungkin dapat menguasai negara tanpa undi orang Melayu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu, walaupun DAP mendapat sokongan hampir 100% dari kaum Cina namun mereka masih gagal memerintah. Mereka memerlukan strategi yang berbeza dalam PRU14.

Memandangkan tidak ada pilihan maka mereka terpaksa bekerjasama dengan pemimpin Melayu yang sanggup dipergunakan dan diperkudakan DAP atas kepentingan agenda peribadi masing-masing. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai terlalu banyak agenda peribadi yang perlu mereka realisasikan. Kini mereka terdesak melakukan apa sahaja. Pilihan makin terhad buat kedua-dua mereka.

Oleh itu, gandingan Mahathir dan Wan Azizah untuk menerajui kerajaan Pakatan Harapan jika mereka menang merupakan bukti kukuh bahawa Melayu dari golongan ini merupakan boneka kepada DAP. Jual negara, jual bangsa dan jual agama bukan lagi satu masalah besar buat manusia terdesak seperti mereka.

DAP juga amat berharap agar gandingan ini dapat menipu pengundi Melayu. Rata-rata pengundi Melayu tahu berkenaan perkara ini. Hanya segelintir sahaja yang membutakan mata hati enggan melihat kebenaran yang terhampar di depan mata.

Parti Lim Kit Siang ini dilihat cuba memancing pengundi Melayu agar bertukar kesetiaan mereka dengan menggunakan gandingan Mahathir dan Wan Azizah. Namun parti chauvanist tersebut lupa bahawa Mahathir kini berusia hampir 100 tahun.

Orang Melayu tahu bahawa beliau terdesak untuk mengangkat Mukhriz sebagai perdana menteri. Malahan desas desus yang bertiup kencang bahawa Mahathir telah merompak berbilion wang rakyat dan disimpan atas nama kroni,proksi dan penama berkemungkinan besar akan menyebabkan pakatan harapan yang diketuai DAP akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU14 nanti.

Tindakan rakus DAP ini dilihat bakal menjadi senjata makan tuan. Akhirnya yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *