Rahsia Ketakutan Sebenar Tun Mahathir Terhadap Pemimpin Yang Meninggalkan PPBM

Share

1. Sekali lagi Tun Mahathir mengambil peluang dalam ucapannya untuk menggelar kami yang meninggalkan PPBM sebagai sampah. Ini dilakukan oleh Tun dalam mesyuarat Agung Tahunan PPBM yang banyak menimbulkan persoalan.

2. Mengapa Tun begitu berminat dengan ‘kewujudan’ kami? Pasti ada sesuatu bahaya yang kami bawa terhadap PPBM dan anaknya Mukhriz.

3. Tun nampaknya bersungguh sungguh ingin membunuh karektor dan kredibiliti kami di kalangan pemimpin dan ahli PPBM.

4. Pasti ini merupakan langkah Tun untuk menutup mulut kami dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tidak mempunyai apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berkebolehan.

5. Tun tidak perlu berpura pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM.

6. Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam PPBM? Sungguh memalukan. Ini sepatutnya tidak berlaku.

7. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja PPBM dijalankan.

8. Mukhriz dilantik sebagai Bendahari Dan saya sebagai setiausaha.

9. Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ (penipuan?) ketika saya menyerahkan dokumen pendaftaran PPBM ke ROS. Saya menyerahkan senarai jawatankuasa PPBM dimana Mukhriz sebagai Bendahari seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja yang telah diadakan.

10. Namun saya tergamam apabila pegawai ROS bertanggungjawab bertanya kepada saya “Cikgu mengapa ada dua senarai jawatankuasa? Ini yang telah diberikan kepada saya sebentar tadi. Yang mana hendak saya pakai? Yang ini Mukhriz sebagai Naib Presiden. Yang Cikgu beri dia sebagai Bendahari”

11. Kemudian dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat. Kali ini ke jawatan Timbalan presiden. Amat melucukan. Adakah Tun Masih mahu menafikan bahawa beliau memang mahu membantu meletakkan Mukhriz di tempat yang tertinggi dalam pentas politik tanahair?

12. Belum pun Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan, Mukhriz telah diangkat oleh tangan ghaib sebanyak dua kali untuk merampas jawatan dengan cara yang menimbulkan persoalan.

13. Persoalannya bagaimana anak emas ini boleh mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan dijalankan. Ganjil. Dari Bendahari ke Naib dan dari Naib ke Timbalan Presiden.

14. Ini menjawab persoalan mengapa Tun bergiat semula dalam politik dan mengkritik kami yang meninggalkan PPBM.

15. Jadi siapakah sampah sebenarnya,Tun?

KAMARULAZMAN HABIBUR RAHMAN

Penaja PPBM
Mantan SUK PPBM

2 thoughts on “Rahsia Ketakutan Sebenar Tun Mahathir Terhadap Pemimpin Yang Meninggalkan PPBM

  • January 1, 2018 at 12:44
    Permalink

    Mulanya Mahathir mungkin mengharapkan ramai lagi tokoh besar yg bakal menyertai PPBM,sebbb itu Mukhriz hanya di letak sebagai Bendahari saja bagi memancing tokoh yg lain itu .Malangnya hany Muhyeddin saja yg termakan umpan,yg lain tak begitu berminat.Jadi Mahahtir tidak dapat bersandiwara lagi ,lalu terus melantik anaknya ketempat yg memang mahu beliau letakan.Muhyeddin pun hanya di beri jawatan tapi tidak di beri kuasa,keran kuasa memang akan terus di pegang oleh Mahahtir selagi ada hayatnya.Mahahtir memang tak mahu kalah dari Anwar ,yg berkuasa walau pun terpenjara.Memang mereka berdua sama ,tamakan kuasa.

    Reply

Leave a Reply