Rakyat Tidak Terkesan Bila Mahathir Pulang Pingat, Pulang RM 32 Billion Tu Lainlah Cerita

KEPUTUSAN Mahathir pulang balik 2 darjah kebesaran kerajaan negeri Selangor secara diam-diam, membuktikan bahawa perkara tersebut tidak membawa kesan langsung kepada rakyat.   Ikut laporan, Khamis minggu lepas lagi dah dipulangkan dan kita hanya tahu hari ini.  Kalau ada kesan kepada rakyat, dah diadakan sidang media besar-besar mengumumkan perkara tersebut.

Tapi sebab tidak ada, maka buatlah senyap-senyap – tahu tak siapa peduli pun kalau pengumuman mengenainya dibuat secara besar-besaran.  Mahathir dapat, Mahathir bagi balik, so what?  Penulis dah tanya merata, hampir 20 group whatsapp keluarga, kerja dan kawan-kawan – siapa pun tak heran.

Lainlah kalau Mahathir pulangkan balik RM 32 billion yang lesap dalam skandal Forex antara 1989-1993, itu mungkin lainlah ceritanya, rakyat pasti bergembira.  Ironinya, hampir semua yang terlibat dalam skandal Forex ini hidupnya kaya raya macam raja Arab, termasuk anak-anak mereka,  Mahathir saja tengoklah dia dan anak-anaknya kaya raya macam mana.

Yang teruk kita rakyat.

Kemajuan negara kita tergendala hari ini sebab RM 32 billion yang lesap itulah, yang mana kalau diambil kira faktor inflasi, sama nilanya dengan RM 100 billion sekarang.  Mana negara pun terduduk kalau RM 32 billion hilang, tak hairan kesannya adalah krisis ekonomi 1997 yang menyaksikan berlakunya krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah negara kita selepas kemelesetan 1986.

Dua-dua kemelesetan ekonomi ini berlaku semasa Mahathir jadi Perdana Menteri.

Sebagai perbandingan, 8 tahun sebagai Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak belum menjerumuskan negara ini dalam apa-apa kancah kemelesetan lagi, berbanding Mahathir, lebih kurang 5 tahun memegang kuasa, dah ada kemelesetan ekonomi satu.  Paklah pula catat sejarah sebagai Perdana Menteri yang berjaya membawa negara ini mengharungi kemelesetan ekonomi 2008 tanpa terjejas banyak.

Zaman Najib sekarang ni, yang ada hanyalah kalau, bagaimana, jika, andai, kemungkinan berlakunya krisis ekonomi saja, berlakunya tak pernah pun.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.