Rafizi terpaksa mengaku silap, enggan mohon maaf

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila terbukti melakukan kesilapan dengan menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sebagai kontraktor pelaksana Ekspo NegaraKu.

Malah Rafizi sendiri meng­akui kesilapan tersebut dan te­lah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd., Nor Raslan Mohd. Dahlan.

Ahli Parlimen Pandan itu pada masa sama memohon maaf kepada Nor Raslan tetapi sebaliknya enggan membuat perkara yang sama terhadap Abdul Rahman kerana mendakwa menteri itu mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul.



“Saya sedia meminta maaf terhadap Raslan, tetapi bukan Abdul Rahman,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, dengan video sidang akhbar itu turut dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Rafizi bagaimanapun tetap mempertahankan dirinya yang mencetuskan pelbagai isu mengenai pameran tersebut, termasuk mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit.

Malah beliau menyatakan dirinya sedia menerima tindakan saman daripada Abdul Rahman, namun bersungguh-sungguh men­jelaskan terdapat beberapa faktor di dalam perundangan yang menyebabkan beliau yakin ber­depan tindakan undang-undang tersebut.

Utusan

One thought on “Rafizi terpaksa mengaku silap, enggan mohon maaf

  • December 13, 2017 at 3:23 PM
    Permalink

    Mangkok ayun serupa ini mintak maaf tak ada dalam kitab hidup dia. Deminimkiian jugak mangkok2 yang sewaktu dengan nya.

    Yang paling utama bagi mereka adalah kesinambongan kehendak politik mereka. Lain mereka tak peduli.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.