Nak Tanya Boleh Whatsapp Saja, Buat PC Tu Maksud Nak Tuduhlah

PENULIS agak terperanjat bila difahamkan bahawa Rafizi hanya menghubungi Raslan Dahlan bertanyakan sama ada betul atau tidak beliau ialah abang kepada Datuk Seri Rahman Dahlan, sebaik selesai membuat fitnah berkenaan perkara itu secara live di Facebook. Perkara ini (Rafizi hubungi Raslan) tidak timbul pada hari pertama, hanya timbul dalam kenyataan media hasrat Rahman untuk menyaman Rafizi semalam.

Kita terkejut sebab, dalam sidang medianya sehari sebelum itu, dia mendakwa telah membuat siasatan termasuk mendapat makluman dalaman dari EPU sendiri bahawa Raslan memang abang kepada Rahman.

Siasatan apa yang dia buat sebenarnya tu, lepas tuduh baru nak tanya betul ke tidak? Nampak sangat auta saja.

Tak hairan, dari kalangan 15 juta pengundi di negara ini, hanya segelintir kecil saja yang percaya Rafizi sekadar bertanya soalan – bukan buat tuduhan.  Kalau setakat nak tanya soalan, Rafizi boleh whatsapp atau bertanya sendiri kepada Rahman semasa berselisih di Parlimen.  Bila buat sidang media tu, maksudnya bukan nak tanyalah tapi nak tuduhan.  Memang pdanlah kalau nak disaman sekalipun.

Dalam masa yang sama rakyat jangan terkejut kenapa di medium tertentu, Rafizi masih mendapat sokongan dari “segelintir netizen” ini walaupun telah banyak fakta mengenai pembohongan itu yang didedahkan, termasuk dia sendiri pun mengaku silap.  Itu semua hanya simulasi penyokong Pakatan di media sosial ini untuk mengalih perhatian saja.

Kita ni kadang-kadang mudah terperdaya dengan taktik yang macam itu.  Asal ada seorang sokong, itu maksud betullah apa yang dicakapkan.  Hakikatnya, setelah live yang pertama dikantoikan, live kedua Rafizi terus tidak mendapat sambutan lagi.  Yang ketiga?  Langsung tak nampak setakat ni.

Penulis menyeru semua Menteri dan Timbalan Menteri agar mencontohi Datuk Seri Rahman Dahlan ini dari segi mengambil tindakan cepat bila difitnah Rafizi. Seafood ini tidak akan berhenti kalau tidak diajar macam itu.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Nak Tanya Boleh Whatsapp Saja, Buat PC Tu Maksud Nak Tuduhlah

  • December 15, 2017 at 5:13 PM
    Permalink

    Selagi lama dibiarkan berleluasa diluar penjara..selagi itulah benda mcm ni terus berlaku..

    Reply
    • December 15, 2017 at 8:57 PM
      Permalink

      Betul selagi dibiarkan rapiji bebas selagi itulah beliau akan memfitnah. Rapiji ni langsung tak ingat akhirat, Apakah sejak kecik mak bapak dia tak bagi didikan AGAMA pada dia.

      Betul orang tua kata bila seseorang anak itu buat kesalahan IBU/BAPA akan turut terseret dengan kelakuan anak mereka.

      Bukan aku nak menyalahkan ibu bapa dia tapi takkan benda begini langsung tak di tegur oleh ibu bapanya.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.