MANFAAT UNTUK PEKERJA BOLEH DIKECUALIKAN CUKAI BILA..

Apabila menerima tawaran pekerjaan penggajian oleh sesebuah syarikat, sering pekerja juga melihat manfaat dan kelebihan yang ditawarkan selain gaji yang bakal diterima.

Sebagai contoh antara manfaat yang sering seseorang individu di bawah suatu penggajian mungkin diperuntukkan manfaat pekerja oleh majikannya seperti barang atau perkhidmatan yang diberi atau disediakan secara percuma kepada seorang pekerja.

Kebiasaannya pada musim perayaan, syarikat akan memberikan hadiah berupa barangan kepada pekerja dalam syarikatnya dan barangan ini mungkin juga barangan dari produk yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat tersebut.

Terdapat juga syarikat yang memberikan hadiah berupa barangan atas khidmat cemerlang sepanjang tahun bekerja bagi menghargai peningkatan prestasi kerja cemerlang yang ditunjukkan.

Malah ada syarikat yang menghargai pekerja yang telah mencapai khidmat selamat beberapa tahun yang telah ditetapkan dengan memberikan barangan berupa hadiah istimewa. Ini bagi menjaga kesetiaan pekerja untuk terus berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Ini termasuk barang perniagaan yang diberi secara percuma kepada pekerja atau barang yang dibenarkan untuk kegunaan peribadi sementara oleh pekerja secara percuma. Barang sedemikian yang diberikan secara percuma dianggap sebagai hadiah.

Sebagai contoh, sebuah syarikat berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) membeli 10 buah jam tangan berharga RM1,200 setiap satu sebagai hadiah kepada 10 orang kakitangannya untuk prestasi cemerlang mereka.

Oleh kerana jam tersebut dibeli dari syarikat yang tidak berdaftar dengan CBP, sebagai majikan, adalah tidak perlu mengakaunkan cukai output memandangkan jam tangan diperoleh daripada seorang orang yang bukan berdaftar CBP.

Majikan hanya dikehendaki melaporkan nilai pasaran (RM1,200) jam tangan tersebut untuk anugerah prestasi cemerlang dalam ruangan F, Borang EA pekerja kerana ia dikecualikan cukai di bawah perenggan 25C, Jadual 6 ACP (sehingga maksimum RM2,000). Perkuisit yang dikecualikan ini tidak perlu dilaporkan dalam ruangan B(1)(c) Borang EA.

Bagi mengetahui lebih lanjut, boleh merujuk di laman sesawang http://www.hasil.gov.my tentang layanan cukai layanan cukai pendapatan atas cukai barang dan perkhidmatan, manfaat pekerja CBP ditanggung oleh majikan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.