EXCO Pemuda UMNO Kecewa Tabung Haji Gagal Uruskan Isu Umrah

Pengerusi Biro Help Pemuda UMNO, NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN melahirkan rasa kecewa atas kegagalan Tabung Haji menyelesaikan isu-isu jemaah umrah negara ini sehingga menyebabkan syarikat swasta dilantik mengendalikannya.

Menurut beliau Tidak masuk akal hal umrah diberikan kepada syarikat swasta yang diterajui oleh bukan Islam.

“Pemuda UMNO turut kecewa apabila Tabung Haji langsung tidak membantah, menentang dan tidak bersuara berkenaan pelaksanaan IMAMS. Ini menunjukkan pengurusan tertinggi TH langsung tidak peka dengan maslahah yang berlaku ini,” kata Nazir dalam satu siaran akhbar kepada pihak media.

“Apabila timbul isu sebegini sudah tentu menimbulkan persepsi di kalangan rakyat khususnya orang Islam bahawa TH tidak cekap sehingga ada syarikat yang diterajui oleh bukan Islam bijak merebut peluang dalam hal ibadah orang islam.”

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mendesak kerajaan agar menimbangkan semula pelaksanaan IMAMS dan diganti dengan mekanisme lain yang lebih sesuai.

Kementerian hari ini mengumumkan pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

“Pemuda UMNO memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah yang terbaik,” tambah Nazir.

“Benar, sejak beberapa tahun ini kita kerap mendengar berita jemaah yang hendak mengerjakan umrah ditipu. Tetapi kenapa diwujudkan IMAMS?”

“Sepatutnya Tabung Haji (TH) yang diberi tanggungjawab tersebut, bukannya kepada syarikat swasta yang dikuasai bukan Islam menguruskan IMAMS yang diberikan Lesen Khas Umrah (LKU) pada 1 Oktober lalu.”

3 thoughts on “EXCO Pemuda UMNO Kecewa Tabung Haji Gagal Uruskan Isu Umrah

  • December 16, 2017 at 8:59 PM
    Permalink

    Adakah urusan umrah di bawah TH?

    Reply
  • December 16, 2017 at 9:27 PM
    Permalink

    Azeez Azeez wat happen..lu belah lah..buat kerja tak masuk akal..

    Reply
  • December 16, 2017 at 9:30 PM
    Permalink

    Tak guna kat situ..benda senang..tak kan tak tau..atau nak sabo kot..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.