Ekspo Negaraku Tentang Jasa & Perancangan Masa Depan, Pakatan Ada Jasa Ke?

BANYAK yang dicakapkan tentang penganjuran Ekspo Negaraku ni, terutama sejak Rafizi Sotong ini kantoi memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan kelmarin.  Tapi ada kebaikannya sebab secara tak langsung ia menarik minat rakyat untuk ambik tahu lebih lanjut pasal Ekspo Negaraku ini.

Katanya, sejak kontroversi itu, bertambah ramai pengunjung yang datang.

Apa pun, disebalik semua yang dibincangkan, kontroversi dan sebagainya, Ekspo ini sebenarnya menceritakan tentang jasa kerajaan BN selama lebih 60 tahun memerintah negara dan apa yang akan dilakukan pada masa depan, itu yang sebenarnya.

Penyokong Pakatan kata tidak ada apa yang dilakukan pemerintah selama ini dan inilah dia Ekspo ini untuk menunjukkan apa yang telah dah dibuat dan akan buat, bukan individu buat.  Kalau melibatkan Mahathir pun, atas nama kerajaan, atas nama parti, bukan dia seorang diri.

Seorang dia tak jadi apa pun……macam sekaranglah, nak buat mesyuarat cawangan pun tak mampu.  Kena atas platform kerajaan jugak.

Justeru, dari Pakatan buat bising mempertikaikan Ekspo ni, ada lebih baik Pakatan memikirkan cara bagaimana nak menerangkan kepada rakyat di negeri yang mereka perintah, apa jasa yang dah mereka berikan.  Ada ke takde (jasa).  Kita dengar macam-macam nama program kebajikan untuk rakyat terutama di Selangor, tapi bendanya entah.

Sehingga jadi bahan lawak di kedai-kedai kopi, google (nama bantuan) senang, nak dapatnya susah.

Oleh yang demikian, elok buat ekspo, biar rakyat ramai tahu apa jasa, apa program kepada rakyat selama ni.  Setakat kondem kerja orang lain 24 jam, elok jadi Fathiya saja, tak payah jadi kerajaan.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Ekspo Negaraku Tentang Jasa & Perancangan Masa Depan, Pakatan Ada Jasa Ke?

  • December 14, 2017 at 11:05 AM
    Permalink

    Pakatan kena buat la jugak expo mcm funfair tu..boleh cerita berapa banyak tuduhan kepada kerajaan yang betul dan berapa banyak tuduhan yang dah jadi fitnah.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.