Dalam Menuju Masa Depan , Takkan Nak Guna Pemimpin Masa Silam? – Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2017 sebentar tadi menegaskan bahawa Malaysia sedang menuju ke masa hadapan, takkanlah nak menggunakan pemimpin dari masa silam untuk mencapai tujuan tersebut?

Kenyataan ini jelas merujuk kepada usaha Pakatan Harapan untuk melantik semula Mahathir, 93 tahun untuk menjadi Perdana Menteri semula dalam PRU14 yang akan datang.

Betul cakap Perdana Menteri. Tua sangat dah Mahathir tu, takkan nak jadikan dia Perdana Menteri balik, dah gila ke?

Walaupun Pakatan menafikan kemudiannya tapi jangan lupa, ia adalah Pakatan juga yang mula-mula mendedahkan perkara tersebut selepas retreat mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana yang dihak milikkan Mahathir. Senang kata, benda betul lah tu, nak kelentong apa lagi?

Sesetengah kita ni kadang-kadang pelik juga. Dulu dipaksa si tua kutuk tu berhenti, sekarang orang yang sama nak angkat dia ke atas semula pulak. Serius ke tidak nak memimpin negara ni?

Rakyat tengok semua ni, rakyat bukan bodoh dan tuli sampai boleh dimomok-momok sepert itu.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.