Dakwa Keselamatan Terancam, Melayu DAP Berkenaan Hanya Nak Main Wayang

Gambar Hiasan
TUGAS orang Melayu dalam DAP sekarang ialah menyokong agenda tersembunyi parti tersebut berkaitan dengan bangsa sendiri.  Kalau “puak itu” yang cakap kang, nampak sangat, jadi digunakanlah orang-orang macam ini.  Dicelah-celah itu ada permainan politik simpati dan paling penting, nak menunjukkan kononnya mereka ditindas bangsa sendiri.

Ini permainannya.

Kita tidak rasa ada keselamatan sesiapa yang terancam.  Seorang ketua bahagian UMNO yang disebutkan itu, bukan bodoh pun untuk ‘mengancam’ pemimpin DAP yang berkenaan secara terbuka.  Mungkin ketua bahagian berkenaan ada cakap begitu tapi yang penting sama ada beliau bermaksud begitu atau tidak?  Itupun kalau ada cakap.

Sebab itu tidak hairan kenapa pendiriannya berubah-ubah.  Sekejap tidak percaya (orang) UMNO, hanya polis sahaja tapi selepas itu nak minta bantuan Datuk Seri Zahid Hamid pulak.  Ini semua memang rancangannya untuk mengaitkan seberapa ramai pemimpin UMNO dalam masalah yang dia cetuskan sendiri supaya prasangka pengundi tradisi DAP terhadap UMNO dapat diperkuatkan.

Justeru dalam mengendalikan isu ini, ambil nasihat Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa semalam yang meminta rakyat  (antara lain) supaya tidak melayan sandiwara pemimpin DAP yang berkenaan sebab ini memang sudah dirancang.

Pemimpin Pakatan tidak ada jawapan (kepada penyokong mereka) kenapa disebalik segala gembar gembur konon UMNO tidak ada penyokong, lebih 30 ribu berkumpul di PWTC untuk menghadiri PAU2017 kali ini.  Maka itu, mengambil kesempatan dari persidangan bangsa Melayu terbesar dunia ini, direka-reka situasi yang sebenarnya tidak wujud pun demi kepentingan politik peribadi.

Itu saja.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Dakwa Keselamatan Terancam, Melayu DAP Berkenaan Hanya Nak Main Wayang

  • December 10, 2017 at 3:51 PM
    Permalink

    Kalau sampai ketahap menderhaka kepada raja, yg berkenaan tu eluklah berhijrah sahaja ke lain negara. Jangan khianati negara yg telah berjasa kepada kamu. Sejarah Malaysia bermula dari negeri2 Melayu berraja. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung dan bukan sebaliknya mahu memijak kepala orang yg telah berbudi pulak. Bunga diberi, tahi kau balas ….memang jahat tu….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.