BANTERAS PENGELAKAN CUKAI MELALUI PROGRAM PEMATUHAN

Ketidakpatuhan cukai merupakan satu isu global dan berterusan. Kita selalu dengar ungkapan “no one wants to pay taxes”. Ini bermakna orang ramai akan cuba mengelak untuk seboleh atau sebanyak mungkin daripada membayar cukai sebenar.


Gambar kes

Menurut maklumat terakhir Laporan Tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 2015, sebanyak RM9.84 bilion penalti terkumpul cukai dan penalti yang dikenakan ke atas kes syarikat dan individu melalui audit cukai yang dijalankan.

Peningkatan 119% jumlah cukai dan penalti pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 merupakan satu jumlah yang signifikan. Sudah pastinya angka siasatan ini akan meningkat dari semasa ke semasa memandangkan saiz ekonomi negara yang cukup besar melebihi RM 1 trilioon.

Saiz ekonomi yang besar dan struktur kerajaan berhadapan dengan cabaran dengan kesukaran mengawal selia sektor-sektor ekonominya dengan cekap. Maka kelompongan dalam aktiviti penguatkuasaan lantas memberikan ruang kepada aktiviti pengelakan cukai dan ketirisan hasil negara.

Walaubagimanapun jika dilihat pada jumlah bilangan kes yang diselesaikan menurun sebanyak 9% dengan jumlah terkumpul kes sebanyak 1.71 juta bilangan kes yang berjaya diselesaikan pada tahun 2015 berbanding 1.87 juta bilangan kes pada tahun 2014.

Kes-kes yang disiasat oleh pihak LHDNM ini merupakan sebahagian daripada kes-kes pengelakan cukai melampau dalam konteks cukai pendapatan yang telah berjaya diselesaikan dalam tempoh cukai audit yang dijalankan oleh LHDNM.

Melihat kepada usaha aktiviti pematuhan dan kesedaran kepada umum dan khususnya pembayar cukai menerusi program-program seperti Lawatan Banci Bisnes atau Perniagaan (LBB) umpamanya, bertujuan untuk menyampaikan peringatan kepada pembayar cukai yang dilawati tentang kepentingan cukai pendapatan, tanggungjawab mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan penerangan mengenai keperluan menyimpan dokumen percukaian dengan lengkap serta teratur.

LHDNM juga secara berterusan menganjurkan aktiviti kesedaran cukai yang lain seperti sesi taklimat kepada para majikan di agensi kerajaan dan swasta, kerjasama strategik dengan badan-badan profesional dan Institut Pendidikan Tinggi, perkhidmatan kaunter luar pejabat di lokasi terpilih, pengedaran risalah-risalah percukaian kepada orang awam, publisiti, wawancara dan penerbitan cukai.

Sehingga November tahun ini, LHDNM telah berjaya menganjurkan 2,377 sesi Taklimat Percukaian, 33 program kolaborasi bersama-sama agensi kerajaan dan swasta, 39 Seminar Percukaian, hampir 700 Program Latihan Khidmat Sokongan Peniaga, 64 wawancara media, 14 penerbitan artikel dan hampir 11,000 publisiti melalui media elektronik, cetak dan dalam talian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.