Pakatan Harapan ketandusan calon, zaman Dr. Mahathir sudah berlalu : Pas

Pas menyifatkan Pakatan Harapan yang didalangi DAP sebagai ketandusan calon berkaliber apabila mencadangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pakatan Harapan sepatutnya melihat ke hadapan dalam soal tersebut dengan mencalonkan individu lain yang lebih layak bukannya mengangkat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) itu sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, zaman Dr. Mahathir sudah lama berlalu walaupun bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri.

“Dalam ramai-ramai ahli Pakatan Harapan, takkan tiada calon lain yang lebih layak untuk diangkat (sebagai Perdana Menteri). nampak sangat pakatan ini tiada calon.

Utusan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.